CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4128|Reply: 0

[Perlis] Burung hantu busut atau Dusky Eagle-Owl ditemukan di Perlis

[Copy link]
Post time 21-9-2023 01:03 PM | Show all posts |Read mode

DUSKY Eagle-Owl merupakan antara spesies burung jarang ditemui berjaya direkodkan oleh pemerhati burung di Wang Kelian, Perlis, baru-baru ini. -UTUSAN/HUZAIRI ABD HALIM



KANGAR: Burung hantu busut atau Dusky Eagle-Owl iaitu burung hantu terbesar di Malaysia antara yang berjaya ditemukan di Wang Kelian di sini sekali gus menjadi tumpuan termasuk pemerhati dan jurugambar dari luar negara datang ke negeri ini bagi merakamkan gambar pelbagai spesies burung di sini.

Selain pemerhati tempatan, penggemar burung dari negara luar seperti Hong Kong dan Singapura turut tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke negeri ini bagi merekodkan gambar spesies burung tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pemerhati burung tempatan, Huzairi Abd Halim, 49, berkata, ada di antara pemerhati burung dari luar negara sanggup menghabiskan masa menempuh perjalanan sejauh ratusan kilometer hanya semata-mata untuk melakukan aktiviti merakamkan gambar burung di negeri ini.

“Mereka sanggup melakukan sedemikian kerana Perlis mempunyai banyak spesies burung yang unik dan jarang ditemukan di tempat-tempat lain. Tujuan mereka merekodkan gambar burung itu adalah sebagai hobi, pemantauan, analisis, kerjaya dan sebagainya dengan mencari kelainan di negeri ini,” katanya.

Tambah Huzairi, antara penemuan baharu spesies burung jarang ditemukan yang berjaya direkodkan di negeri ini adalah seperti Dusky Eagle-Owl.

Katanya, berdasarkan maklumat Worldwide Birder, burung tersebut hanya direkodkan ditemukan di Wang Kelian dan Haryana, India sepanjang tempoh dua bulan kebelakangan ini.

“Kelebihan di Perlis ialah burung-burung ini mudah dilihat di kawasan View Point, Wang Kelian di mana pemerhati tidak perlu masuk ke dalam hutan untuk merekodkan gambar.

“Terdapat juga beberapa spesies burung di negeri ini yang asalnya dari Thailand antaranya seperti Racket-Tailed Treepie, Bronze-Winged Jacana, Indochinese Roller, Siamese Pied Myna dan Red Collared Dove,” katanya.

Dalam pada itu, Huzairi berkata, dia aktif melakukan aktiviti mencerap burung sejak lebih dua tahun lalu dan sehingga kini sebanyak 130 spesies telah ditemukan hanya di Perlis.

Katanya, antara lokasi yang sering menjadi tumpuannya bagi melakukan aktiviti itu adalah membabitkan kawasan sepanjang Banjaran Nakawan bermula dari Wang Kelian sehingga ke Kampung Wai, Kuala Perlis.

“Perlis terletak di bahagian Utara Malaysia dan merupakan destinasi transit buat burung yang akan berhenti dan menetap buat sementara waktu di sini. Burung-burung ini akan berhijrah dari utara pada musim sejuk ke bahagian selatan sekitar September hingga April,” katanya.

Tambah Huzairi, pihaknya berharap dengan peningkatan sektor eko-pelancongan berasaskan Avi Tourism ini dapat memberi limpahan ekonomi buat masyarakat setempat.

“Sektor Avi Tourism dapat berkembang baik di Perlis hasil komitmen diberikan oleh Jabatan Perhutanan negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perlis Nature & Wildlife (PNW).-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... itemukan-di-perlis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.471354 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list