CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2155|Reply: 0

Gol sendiri pertahanan Braga beri tuah buat Napoli

[Copy link]
Post time 21-9-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Gol sendiri pertahanan Braga beri tuah buat Napoli

PEMAIN Napoli meraikan gol dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah malam tadi. FOTO Reuters



Braga, Portugal: Jaringan sendiri pertahanan Sporting Braga di hujung permainan menyaksikan Napoli pulang dengan kegembiraan apabila meraih kemenangan 2-1 dalam aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Tonggak pertahanan Braga, Sikou Niakate pastinya tidak dapat tidur lena apabila tertolak bola ke dalam gawangnya sendiri ketika dia berusaha untuk mengeluarkan hantaran lintang pemain Napoli.

Kekalahan menerusi gol sendiri itu pastinya tidak boleh diterima penyokong tuan rumah yang beraksi cukup berdisiplin mengekang asakan bertali arus lawan dari Itali itu.

Napoli nyata mendominasi aksi sepanjang babak pertama dengan himpunan peluang namun gagal menemui sasaran sehinggalah gol pertama muncul pada masa kecederaan.

Giovanni Lorenzo meledak gol hasil rembatan padu dalam kotak penalti yang sama sekali gagal dihalang penjaga gol Braga yang sebelum itu tampil cemerlang sepanjang 45 minit babak pertama.

Aksi lebih tersusun ditampilkan tuan rumah dan hasilnya Bruma mengikat kedudukan 1-1 menerusi tandukan di minit 84 sekali gus menghidupkan harapan untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Namun kesilapan Niakate di hujung permainan menyaksikan tuan rumah terpaksa berputih mata apabila dia tertampan bola ke gawang sendiri.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ri-tuah-buat-napoli

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.133353 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list