|
Bellingham wira Madrid
JUDE Bellingham menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit terakhir menentang Union Berlin di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. FOTO Reuters
Madrid: Jaringan lewat Jude Bellingham memastikan maruah Real Madrid tidak tercalar apabila melakar kemenangan 1-0 mengatasi kelab kerdil Jerman, Union Berlin dalam saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
Madrid yang juga pemenang 14 kali saingan itu hampir dimalukan pendatang baharu Liga Juara-Juara itu yang dilihat berjaya memberi tekanan kepada skuad kendalian Carlo Ancelotti sepanjang aksi itu.
Begitupun, Bellingham muncul wira apabila jaringan pada minit ke-94 memastikan kelab dari Sepanyol itu menggenggam tiga mata penuh sekali gus membuka kempen musim ini dengan langkah kanan.
Ancelotti mengakui Bellingham memiliki sesuatu yang istimewa bagi membantu pasukan dan ia terbukti pada perlawanan itu.
"Menjaringkan gol pada minit terakhir adalah semangat juang jersi ini di mana pemain tidak berputus asa. Dia (Bellingham) mempunyai kualiti yang hebat.
"Kelihatan dia juga ada tuah, kerana gol itu bola muntah tetapi dia di sana. Dia datang dari tengah dan dia lebih bersedia berbanding pemain lain, dia mempunyai kualiti dan dia menggunakan kelebihan itu," kata Ancelotti selepas aksi itu.
Ketika ini, Madrid berada di tangga kedua Kumpulan C di belakang Napoli dengan masing-masing berkongsi tiga mata namun dipisahkan atas perbezaan gol. Napoli turut mencatatkan kemenangan tipis ke atas Braga dengan keputusan 2-1.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lingham-wira-madrid
|
|
|
|
|
|
|
| |
|