CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6106|Reply: 14

Nanah Pada Buah Pinggang Semakin Membesar Sehingga 12 Sentimeter, Connie Masuk Hospital Lagi

[Copy link]
Post time 20-9-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Aktres popular era-1980 an, Norlida Ahmad atau Connie, 64, kembali dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan, selepas 10 hari dibenarkan pulang ke rumah.


Anak tunggalnya, Ally Marisha Afrina Abdullah, 24, berkata ibunya dibenarkan pulang pada 10 September lalu selepas sebulan dirawat di hospital.


Bagaimanapun, katanya, disebabkan keadaan kesihatan ibunya masih belum baik, dia menghantarnya semula ke hospital bagi mendapatkan rawatan.




Foto: Berita Harian




"Selepas keluar hospital, keadaan ummi masih tak okay. Jadi, ummi dimasukkan semula ke hospital, semalam.


"Nanah pada buah pinggang ummi semakin membesar sehingga 12 sentimeter.


"Jadi, doktor akan memulakan rawatan hari ini menggunakan antibiotik yang baru selama 12 hari. Doktor akan cuba keluarkan nanah berkenaan.


"Jika tidak berkesan barulah doktor akan pertimbangkan untuk buat pembedahan membuang nanah berkenaan," katanya kepada BH Online.


Sebelum ini, kata Ally, ibunya pernah menjalani prosedur membuang nanah, tetapi terpaksa dihentikan berikutan berlakunya komplikasi.


"Doktor sempat buang tiga sentimeter nanah sahaja, tetapi terpaksa dihentikan kerana terlalu keras dan prosedur ini juga agak membahayakan.


"Ummi sekarang masih boleh berjalan, cuma keadaannya lemah dan kembali demam," katanya.


Sebelum ini, Connie turut menjalani prosedur dikenali sebagai Peripherally Inserted Central Catheter (PICC) di mana saluran dipasang ke urat jantung bagi memudahkan antibiotik dan ubat dimasukkan untuk penggunaan jangka masa panjang.


Connie yang popular pada era 1980-an menerusi filem Tujuh Biang Keladi, Bujang Lapok Kembali Daa dan Suara Kekasih, dimasukkan HTJ, bulan lalu kerana masalah buah pinggang bernanah dan jangkitan kuman pada paru-paru serta darah.


Beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya kerana tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada buah pinggang hingga lumpuh separuh badan pada 2018. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga sihat acik Connie. Masih cantik
Sheols dpt anak masa usia 40tahun ke ? Masih berlaki ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
babynina30: Semoga sihat acik Connie. Masi ...


Anak angkat la tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa punca buah pinggang jd nanah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Igtkan Ogy tadi. Mcm nak sama muka bila dah berusia. Cpt sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah beri kesembuhan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2023 07:43 PM | Show all posts
Dia sakit apa sebenarnya ya? Serious tu ... semoga diberi kesembuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh lumpuh separuh badan ke acik Connie ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga segera sembuh... aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah dah 64 ye umur beliau. Dl laku beliau jd heroin drama dgn suara lemak2 gemalai
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat sembuh acik connie
seriaunya ada nanah mesti sakit giler
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85: Icgtkan Ogy tadi. Mcm nak sama  ...


Tp depa dua org muka mmg akan akan like a rohingya dgn banglaa.. ataupun mulayu dgn indon.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 20-9-2023 11:06 AM
Apa punca buah pinggang jd nanah?

Biasanya diabetic.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 10:19 AM | Show all posts
meols cannot unseen wajah beliau iras-iras 'kak azmi' dalam filem Suara Kekasih cinta terhalang akak gali Oggy & cockroach ...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 10:29 AM | Show all posts
i think my dad macam ada crush dengan acik ni
sebab soft spoken and soft person ...
hmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.623222 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list