CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 0

Speedy Jantan harap ada khabar gembira

[Copy link]
Post time 20-9-2023 03:11 PM | Show all posts |Read mode

KHAIRUL Hafiz (tiga kiri) galas tugas mencabar di Sukan Asia Hangzhou. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Kuala Lumpur: Pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan mengharapkan ada sesuatu yang positif mampu dicipta apabila beraksi dalam acara 100 meter (m) di pentas Sukan Asia Hangzhou, China, bermula 23 September hingga 8 Oktober ini.

Ketika ini, pelari berusia 25 tahun itu masih lagi bergelut melepasi catatan bawah 10.20 saat (s) sejak dia memecahkan rekod 100m kebangsaan menerusi 10.18s semasa meraih pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak.

Namun, Khairul Hafiz yang juga pemenang pingat emas 100 m Sukan Sea 2017 berkata, ketika ini dia kembali mendapat keyakinan dan semangat selepas bebas sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.

Malah, dia juga berazam melakukan yang terbaik seterusnya memburu catatan peribadi baharu sekiranya namanya disenaraikan beraksi dalam acara 100m bersama Muhammad Azeem Mohd Fahmi di bumi Hangzhou kelak.

"Saya tak tahu lagi berlari ataupun tidak (acara 100m) tetapi andai kata ada rezeki, saya akan cuba yang terbaik buat Malaysia dan cari catatan lebih bagus.

"Kalau tiada sebarang halangan atau kecederaan pada hari pertandingan dan fokus saya hanya kepada 100m, tidak mustahil untuk saya dapatkan semula catatan 10.18s.

"Kalau saya dapat kekalkan catatan antara 10.20s hingga 10.30s dah dikira sangat bagus untuk diri saya," kata Khairul yang akan membuat penampilan kedua di Sukan Asia selepas edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Selain itu, Khairul Hafiz juga meletakkan harapan untuk membantu kuartet 4x100m mencetak rekod kebangsaan baharu sekali gus memadam catatan 49.09s yang dilakukan sewaktu Sukan Sea Hanoi di Vietnam tahun lalu.

"Misi kami mahu melakukan catatan terbaik berbanding ATF (Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada Julai lalu). Bonus kalau kami dapat perbaharui rekod kebangsaan," katanya.

Selain Khairul Hafiz dan Azeem, dua lagi slot dalam kuartet 4x100m negara bakal menjadi rebutan antara Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa, Muhammad Arsyad Md Saat dan Russel Alexander Nasir Taib.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -ada-khabar-gembira
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.174270 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list