CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2115|Reply: 0

JDT kalah bermaruah, Solari tak salahkan Syihan

[Copy link]
Post time 20-9-2023 11:05 AM | Show all posts |Read mode

ARIF Aiman dijatuhkan penjaga gol lawan, Jung Sungryong ketika menentang Kawasaki Frontale dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, malam tadi. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: "Saya tidak suka kekalahan tapi jika memilih untuk kalah, ini adalah caranya kerana kami sudah beraksi dengan baik dan membuat pasukan lawan cemas sebelum mereka menang."

Itu yang diluahkan pengendali Johor Darul Ta'zim, Esteban Solari selepas pasukan bimbingannya gagal menjelmakan kemenangan apabila tumpas tipis 0-1 kepada Kawasaki Frontale dalam aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Pengendali kelahiran Argentina itu enggan menyalahkan barisan pemainnya terutama penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang tersilap percaturan apabila membiarkan gawang terbuka luas yang membolehkan Marcinho menjaringkan gol tunggal pada minit akhir babak pertama perlawanan itu.

Katanya, kesilapan dalam bola sepak adalah sebahagian daripada permainan itu dan tidak boleh salahkan mana-mana pemain malah Ahmad Syihan sudah memberi yang terbaik dalam perlawanan itu.

"Mungkin Ahmad Syihan mengambil keputusan yang kurang bijak untuk keluar dari posisi tapi saya enggan salahkan dia kerana keputusan di buat begitu pantas dan gagal untuk menangkap bola malah pemain lawan sempat tanduk kepada nombor 23 (Marcinho) untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.

"Sepatutnya kami meraih sepakan penalti selepas Arif (Aiman Hanapi) dijatuhkan kira-kira dua sentimeter dalam kotak penalti tapi pengadil meneruskan permainan dan saya anggap tiada rezeki untuk kami dalam perlawanan itu.

"Apapun pada babak kedua, kami berjaya membuatkan lawan sesak nafas selepas memberi tekanan dengan asakan bertali arus namun hanya penyudah terakhir yang gagal ditemui dan apa yang disajikan tampak positif selepas beri saingan terhadap kelab elit dari Jepun," katanya.

Mengulas mengenai persembahan Shane Lowry walaupun jarang diturunkan dalam perlawanan saingan Liga Super namun Solari menyifatkan pemain itu `luar biasa' apabila beraksi konsisten sepanjang 90 minit permainan.

"Shane (Lowry) sentiasa beri komitmen melebihi 100 peratus malah sukar dipercayai dia beraksi cemerlang dalan perlawanan itu. Sepanjang dua minggu berlatih dia bekerja keras dan malam ini (malam tadi) dia tunjukkan kualiti sebenar.

"Shane juga sedar cabaran untuk berada di posisi pertahanan apabila Feroz (Baharuddin) kerap diturunkan dalam kesebelasan utama dan dia tunjukkan sesuatu untuk dipilih pada perlawanan itu malah membentuk benteng dengan baik bersama Jordi (Amat)," katanya.

Ditanya mengenai Arif Aiman yang menonjol dalam perlawanan itu, bekas penolong jurulatih Bawah 23 tahun Argentina itu menyifatkan pemain muda JDT itu sudah memberi yang terbaik tapi apakan daya beberapa percubaan berbahaya yang dilakukan gagal menemui sentuhan terakhir.

"Arif beraksi cemerlang dan saya bangga dengan apa yang dipamerkan, mungkin nasib tidak menyebelahinya selepas beberapa percubaan berbahaya diselamatkan penjaga gol lawan dan saya akui agak kecewa dengan kekalahan dan tidak mahu kalah.

"Tapi inilah bola sepak dan kami perlu terus bergerak kehadapan dan ia juga beri pengajaran buat kami supaya lebih baik pada masa akan datang dan apa juga kesilapan yang dilakukan akan segera diperbaiki," kata Solari.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tak-salahkan-syihan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.035252 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list