View: 1911|Reply: 0
|
Oniki terkejut corak permainan JDT
[Copy link]
|
|
PEMAIN JDT, Juan Muniz diasak pemain lawan ketika aksi menentang Kawasaki Frontale dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, malam tadi. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Johor Bahru: Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki tidak menyangka perubahan taktikal permainan dipamer Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam tempoh setahun apabila barisan pemainnya terpaksa bekerja keras sebelum membawa pulang tiga mata pada aksi pertama Liga Juara-juara Asia (ACL) Kumpulan I yang berkesudahan 1-0, malam tadi.
Oniki berkata, kemenangan itu amat bermakna bagi kempen ACL musim ini dan memberi keyakinan buat pemain untuk terus mencatatkan kemenangan dalam saingan peringkat kumpulan dan melangkah ke pusingan seterusnya.
Pengendali kelahiran Funabashi, Jepun itu juga akui kualiti yang dimiliki JDT adalah berbeza berbanding musim lalu selepas mempamerkan corak permainan berkualiti dan nyaris menghukum barisan pemainnya ketika permainan memasuki tempoh 20 minit terakhir.
"Ini adalah perlawanan pertama peringkat kumpulan dan kemenangan ini amat bermakna buat kami lebih-lebih lagi berjaya meraih tiga mata di tempat lawan. Ia bukan tugas mudah untuk beraksi di sini dengan sorakan padu penonton yang cuba menjejaskan tumpuan pemain.
"Selain faktor persekitaran, JDT juga mempamerkan permainan yang berkualiti dan berintensiti tinggi, mereka lebih baik berbanding tahun lalu. Jadi, saya amat berpuas hati dapat membawa pulang tiga mata malam ini (malam tadi), kejayaan ini adalah untuk penyokong yang sudi terbang dari Jepun untuk beri sokongan," katanya.
Pengendali berusia 49 tahun itu menjelaskan, beliau sengaja menukar rentak permainan kepada corak `berkampung' di kawasan sendiri pada 10 minit terakhir permainan kerana tidak mahu mensia-siakan peluang mengutip tiga mata pertama yang menjadi rebutan.
"Ya, itu adalah arahan saya untuk banyak bertahan pada masa akhir, kalau boleh saya nak teruskan menyerang tetapi kami tidak mahu mengambil risiko dibolosi lawan. Memandangkan kami sudah mendahului di tempat lawan, jadi prioriti kami adalah untuk pertahankan kelebihan yang dimiliki dan semuanya berjalan mengikut perancangan," katanya.
Ditanya mengenai persembahan Arif Aiman Hanafi malam tadi, Oniki menyifatkan pemain sayap itu sangat lincah dan sukar dikawal sehingga berupaya mengkacar-kacirkan benteng pertahanannya walaupun telah dikawal ketat.
"Pemain nombor 42 (Arif Aiman) adalah seorang pemain yang berbakat, saya tahu kemampuannya dan mengarahkan pemain untuk mengawalnya namun dia masih mampu untuk melakukan serangan, menggelecek dan melakukan percubaan terus ke gawang.
"Kami bermain mengikut taktikal yang dirancang dan kami sedar ia tugas sukar untuk membawa pulang tiga mata, tapi sesiapa pun boleh menang, bagi saya ia tiada bezanya kerana masing-masing pamer kesungguhan untuk menang," kata Oniki.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... corak-permainan-jdt |
|
|
|
|
|
|
| |
|