CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16228|Reply: 0

[Perlis] Dua ditahan di Perlis disyaki cuba seludup petrol bersubsidi

[Copy link]
Post time 19-9-2023 07:38 PM | Show all posts |Read mode
Dua ditahan di Perlis disyaki cuba seludup petrol bersubsidi


Oleh Aizat Sharif - September 19, 2023 @ 6:03pm bhnews@bh.com.my



Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah (dua kanan) menunjukkan Proton Waja diubahsuai tangki bagi menyimpan petrol bersubsidi yang dirampas disyaki cuba diseludup ke Thailand. - Foto NSTP/Aizat Sharif




PADANG BESAR: Polis menahan dua lelaki dan merampas 1,820 liter petrol bersubsidi bernilai RM12,920 yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran dalam dua serbuan berasingan di sekitar Padang Besar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata mereka yang ditahan itu masing-masing berusia 23 dan 51 tahun.

Katanya, dalam serbuan pertama pada jam 1 tengah hari, Unit Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar menahan sebuah kereta Proton Waja berwarna kelabu di Jalan Titi Tinggi, di sini yang dipandu oleh seorang lelaki.

"Pemandu kereta berusia 51 tahun itu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan menyebabkan kita menahan kereta berkenaan untuk pemeriksaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati bahagian but dan tempat duduk belakang kereta itu diubahsuai untuk pengisian 600 liter petrol bersubsidi pada tiga tangki minyak tambahan, dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

"Setiap tangki yang diubahsuai itu mempunyai kapasiti isipadu sebanyak 200 liter dan pengisian petrol atau diesel akan menggunakan dua saluran mengisi minyak yang diubahsuai," katanya di IPD Padang Besar, di sini hari ini.

Mohd Shokri berkata suspek yang sudah berkahwin itu dipercayai sudah setahun melakukan kegiatan berkenaan.

Katanya, suspek akan pergi ke setiap stesen minyak di Perlis awal pagi untuk mengisi petrol bersubsidi dimana ia akan dikumpulkan sehingga cukup 600 liter.

"Kita percaya suspek akan melalui 'laluan tikus' yang banyak terdapat di Padang Besar bagi mengelakkan dikesan polis menerusi sekatan jalan raya di jalan utama sedia ada.

"Suspek kemudian akan menjalankan urusniaga jual beli petrol kepada pembeli tempatan dan pemilik gudang berdekatan dimana harganya dijual agak tinggi daripada harga subsidi pasaran," katanya.

Mohd Shokri berkata sekitar jam 5.30 petang pada hari yang sama juga, pihaknya turut menyerbu sebuah rumah dijadikan stor penyimpanan minyak secara haram di Kampung Wang Kelian.

"Kita menyerbu sebuah rumah rumah tidak bernombor di Kampung Wang Kelian dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dipercayai penjaga premis.

"Hasil pemeriksaan menjumpai 17 tong termasuk 14 berisi 40 liter petrol di premis itu dimana kita percaya ia sudah tiga bulan diseleweng," katanya.

Mohd Shokri berkata, jumlah keseluruhan rampasan petrol adalah dianggarkan bernilai sebanyak RM12,920.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.107337 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list