Caprice memaklumkan telefon Mondy Tatto telah dirampas oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Caprice memuat naik beberapa video pendakwah Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman yang mendakwa Mondy Tatto melakukan fitnah terhadap pendakwah kontroversi, Ustaz Ebit Lew.
Ustaz Derry di dalam satu video siaran langsungnya menunjukkan perbualan bersama Mondy di aplikasi WhatsApp, yang menyatakan pengakuan Mondy menerusi podcast baru-baru ini semuanya adalah fitnah.
Bagaimanapun, Caprice meragui perbualan tersebut adalah daripada Mondy ekoran ejaan ‘Mondi’ yang tidak pernah digunakan wanita itu dalam mana-mana hantaran mahupun perbualan di WhatsApp.
Justeru, Caprice meragui bagaimana Mondy boleh berbual bersama Ustaz Derry sedangkan telefon wanita itu sudah pun dirampas oleh pihak polis.
“Oh dan yang paling best (seronok), telefon Mondy dah kena rampas dari PDRM.
“Lain kali ustaz nak tipu, cuba kaji habis dulu orang korang nak fitnah tu,” tulis Caprice.
Terdahulu, polis mengambil keterangan beberapa saksi berhubung satu laporan dibuat oleh seorang pengadu terhadap seorang pendakwah bebas yang tular baru-baru ini.
Tanpa mendedahkan kesalahan berhubung laporan yang dibuat pengadu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan satu siasatan telah dimulakan.
Terdahulu Kosmo! melaporkan polis mengesahkan menerima laporan daripada pendakwah bebas tersebut yang mendakwa dirinya difitnah dalam sebuah video tular di media sosial yang bertajuk ‘The Mondy Tattoo Interview’.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, laporan itu diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada pukul 2.17 pagi tadi. – CARI
Ustad Dery Sulaiman ni bekas artis juga dari band Metal nama Betrayal tahun 1998 dulu.. jadi dia dah biasa bercampur dgn anak metal dgn punk ni.. jadi dia dah biasa dgn golongan anak metal dgn anak punk ni
dia guna music juga untuk tarik minat golongan camni.. tak salah pun janji solat jangan tinggal sekurangnya
dia berhijrah dulu kebetulan jumpa org tabligh dekat masjid, menarik sangatlah cite dia kalau nak follow
Mondy ni asalnya budak baik, elok bertudung.. comel je dulu, tapi ada masalah keluarga sampai keluar rumah tak balik sampai setahun (tgk video ni)
dari situ dia terjebak dgn mcm2 benda negative.. dkt sana budaya punk ni masih ramai lagi.. dkt msia ni hampir pupus dah, skrg musim raver haha
aku lebih percaya ustaz derry ni.. dia takde untung apa pun kalau nak berbohong, dia org kuat tabligh dkt indonesia,cuma dia guna medsos untuk berdakwah juga.. google jelah nama dia dlm youtube tu, ni cerita org yg berhijrah dari bawah, sudut pandang dunia dia pun lain
Semoga dipermudahkan urusan semua org, kes mondy ni pun harap cepat settle..
Post time 20-9-2023 10:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Topi nasi kena ada anak sendiri dgn isteri, jgn kepoh2 pikir org lain. Bimbing anak tiri dan isteri juga ke arah yang baik, tak perlulah asyik menjaga benda2 luar. Hal dalam rumahpun belum elok lagi. Srmoga muhasabah diri.