View: 3234|Reply: 0
|
Ronaldo teruja dapat hadiah permaidani Parsi
[Copy link]
|
|
Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo (kanan) dihadiahkan permaidani Parsi sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di Tehran, Iran. - Foto AFP
TEHRAN, Iran: Cristiano Ronaldo disambut ratusan peminat di Iran yang mengejar bas pasukan Al-Nassr dan kemudian menyerbu ke hotel untuk melihat bintang Portugal itu.
Kelab Arab Saudi berkenaan akan bertemu Persepolis yang berpangkalan di Tehran untuk aksi Liga Juara-Juara AFC malam ini.
Peminat-peminat di Iran memegang poster Ronaldo serta memakai jersi dengan nama penyerang Al-Nassr itu ketika menyambut ketibaannya.
Ratusan peminat juga dirakam melaungkan nama Ronaldo di luar hotel penginapan Al-Nassr di Tehran.
Ronaldo terpaksa diiring oleh pengawal keselamatan ketika menuju ke biliknya di Espinas Palace Tehran.
Sebelum itu, Ronaldo dihadiahkan permaidani tradisional Parsi sebaik mendarat di Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran.
Selain daripada itu, pemain-pemain Al-Nassr dan pegawainya turut diberikan kad SIM khas yang membolehkan mereka melayari internet tanpa sekatan sepanjang berada di sana.
Ia sesuatu yang tidak mampu dinikmati rakyat Iran dengan ribuan laman sesawang serta media sosial disekat oleh kerajaan.
Aksi di Stadium Aazdi yang berkapasiti 78,000 penonton itu juga tidak dapat dinikmati peminat tempatan kerana ia dilangsungkan secara tertutup susulan hukuman satu perlawanan ke atas Persepolis.
Persepolis dihukum bermain tanpa penonton untuk satu perlawanan selepas memuat naik hantaran di media sosial menjelang pertemuan dengan kelab India, FC Goa pada musim 2021-22.
Hantaran itu berkenaan serangan Iran ke atas India (tahun 1738 hingga 1740) dan sejarah peperangan antara kedua-dua negara.
Persatuan bola sepak India membuat laporan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persepolis dihukum bermain satu perlawanan tanpa penonton. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ah-permaidani-parsi |
|
|
|
|
|
|
| |
|