|
ENRIQUE beri pesanan PSG tidak boleh terlalu memikirkan Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Paris: Ketaksuban untuk memenangi Liga Juara-Juara hanya akan mendatangkan kesusahan buat Paris St Germain (PSG), kata pengurus Luis Enrique sebelum pertembungan peringkat kumpulan dengan Borussia Dortmund.
PSG menjadi kelab paling berjaya di Perancis sejak Qatar Sports Investments mengambil alih pada 2011, memenangi liga sebanyak sembilan kali.
Mereka juga berjaya dalam pertandingan piala domestik Perancis, tetapi gagal untuk memenangi Liga Juara-Juara.
Juara Perancis itu melancarkan semula usaha mereka untuk merebut trofi pada hari Rabu, menentang Dortmund dalam perlawanan pembukaan kumpulan sukar - yang turut menampilkan kelab England, Newcastle United dan pemenang tujuh kali AC Milan dari Itali.
"Apabila sebuah kelab taksub dengan sesuatu, ia bukanlah satu petanda yang baik. Anda perlu mempunyai cita-cita tetapi obsesi tidak berkesan dalam mana-mana bidang kehidupan," kata Luis Enrique kepada pemberita, menjelang perlawanan di Parc des Princes.
"Anda perlu tunggu dan lihat bagaimana pertandingan ini berjalan, bola sepak adalah sukan yang hebat, apa-apa keputusan boleh berlaku.
"Anda boleh bermain permainan yang luar biasa dan kalah, bermain dengan teruk dan menang. Sebagai sebuah kelab, kami bermain semua pertandingan untuk memenanginya, itulah objektifnya. Ia sangat bercita-cita tinggi tetapi ia perlu."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... juara-juara-enrique |
|