View: 1928|Reply: 0
|
Guardiola optimis pertahan trofi Liga Juara-Juara
[Copy link]
|
|
GUARDIOLA tidak mahu pemain terlalu tenang. FOTO AFP
Manchester: Usaha Manchester City untuk mengekalkan kejuaraan Liga Juara-Juara mereka akan menjadi kurang sukar berbanding untuk memenangi gelaran itu, kata pengurus Pep Guardiola.
City menjulang mahkota Liga Juara-Juara pertama mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Inter Milan di Istanbul, menamatkan kekecewaan selama bertahun-tahun dalam pertandingan itu.
Ditanya mengenai peluang City untuk mengekalkan kejuaraan menjelang aksi pembukaan Kumpulan G di tempat sendiri menentang Red Star Belgrade, Guardiola memberitahu wartawan: "Ia akan menjadi lebih mudah. Yang paling sukar untuk menang adalah yang pertama. Ia luar biasa bagi kami tetapi ia hanya satu.
Bagaimanapun, Guardiola berkata pemainnya tidak sepatutnya berasa tenang, sambil menambah: "Esok (Rabu) adalah langkah pertama. Kami akan cuba mendapatkan tiga mata pertama.
"Adalah penting pemain tidak berasa santai. Untuk kelab kami memenangi Liga Juara-Juara adalah luar biasa tetapi dari segi perspektif berapa banyak (kelab hanya) memenangi sekali Liga Juara-Juara? Banyak.
"Kami tidak melakukan sesuatu yang istimewa dengan hanya sekali juara, tetapi kami amat berbangga."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... fi-liga-juara-juara |
|
|
|
|
|
|
| |
|