View: 828|Reply: 0
|
Man United, Ten Hag semakin tertekan
[Copy link]
|
|
TEN Hag (kanan) menggalas tugas berat untuk mengembalikan semula reputasi Man United. FOTO AFP
Manchester: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mula merasai bahang kekecewaan penyokong kelab itu selepas permulaan buruk musim ini meleburkan harapan mereka untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Buat pertama kali dalam era EPL, United tewas tiga daripada lima perlawanan pembukaan mereka dan berdepan tugas berat untuk aksi pembuka tirai Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, awal pagi Khamis ini.
Ten Hag berjaya mengelak daripada menerima kritikan pada minggu-minggu awal kempen liga ketika penyokong menumpukan kemarahan mereka terhadap beberapa siri isu di luar padang.
Pemain sayap Brazil, Antony diberi cuti untuk menghadapi dakwaan penderaan rumah tangga yang dibuat oleh bekas teman wanitanya.
Sementara itu, United memutuskan Mason Greenwood tidak mempunyai masa depan di Old Trafford bulan lalu walaupun tuduhan jenayah seksual terhadap pemain berusia 21 tahun itu sudah digugurkan.
Ten Hag menerima pujian kerana membantu United kembali beraksi di Liga Juara-Juara dengan menduduki tempat ketiga dalam EPL musim lalu dan menamatkan kemarau trofi enam tahun kelab itu dengan memenangi Piala Liga.
Bagaimanapun, dia menjadi sasaran ejekan apabila menggantikan pemain baharu, Rasmus Hojlund pada pertengahan babak kedua ketika kekalahan 1-3 di tempat sendiri kepada Brighton.
Dengan United sudah ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, memberi impak di Liga Juara-Juara adalah misi cukup penting untuk Ten Hag pada musim keduanya bersama kelab itu.
"Ia mengenai karektor," kata Ten Hag, menjelang kepulangannya ke Munich, tempat dia melatih pasukan Bayern B antara 2013 dan 2015.
"Sekarang kami perlu melihat sejauh mana kekuatan kami, bagaimana pasukan bersatu dan pemain mana yang berdiri dan menunjukkan watak serta memimpin pasukan," katanya lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ag-semakin-tertekan |
|
|
|
|
|
|
| |
|