CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7467|Reply: 0

LTdL: Tak semestinya buat di Langkawi

[Copy link]
Post time 18-9-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode

KETUA Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghafar menyerahkan jersi Polka Dot Raja Bukit sebagai simbolik Tourism Malaysia sebagai penaja utama LTDL 2003 kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail (dua dari kanan) sambil disaksikan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKMB), Datuk Amarjit Singh Gill (kiri). FOTO AIZUDDIN SAAD

Kuala Lumpur: Tiada keperluan untuk menjenamakan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang sudahpun mempunyai nama yang kukuh di persada antarabangsa.

Biarpun ia tidak memasuki laluan ke Pulau Lagenda itu, namun itu penggunaan nama 'Langkawi" bukan satu masalah kerana ia sudahpun digunakan sejak kali pertama penganjurannya iaitu pada 1996.

Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill mengakui bahawa bagi pihak PKBM beliau tidak beberapa setuju jika nama itu ditukar.

"PKBM akan sentiasa sokong jenama LTdL ini. Memang ia ada dibangkitkan di Parlimen tapi saya rasa itu hanya untuk kepentingan politik.

"Sebabnya tidak semestinya nama Langkawi kena buat di Langkawi, kita juga sudah ada Jelajah Malaysia.

"LTdL ini sudah cukup dikenali di seluruh dunia kalau nak tukar kita seperti akan mula dari kosong semula," katanya.

Amarjit menjawab persoalan berkenaan selepas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan di Parlimen agar LTdL ditukarkan kepada Le Tour de Malaysia atau Le Tour de Madani selepas Langkawi tidak menjadi laluan perlumbaan pada tahun ini.

Dalam perkembangan yang berlainan Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan kehadiran Tourism Malaysia sebagai penaja utama dan akan menaja jersi Raja Bukit bagi saingan Petronas LTdL 2023 yang akan bermula di Kerteh, Terengganu pada 23 September ini.

Ahmad Shapawi berkata, kehadiran Tourism Malaysia dengan jenama 'Malaysia Truly Asia' akan memeriahkan lagi perjalanan perlumbaan berstatus ProSeries selama lapan hari itu, selain mempromosikan sektor pelancongan sukan negara.

"KBS dan MSN amat berterima kasih dengan Tourism Malaysia, yang bukan saja tampil dengan tajaan RM 1 juta, tetapi juga pelbagai program promosi seperti persembahan tradisional di semua venue pelepasan, jemputan 'influencer' dari luar negara dan pelbagai promosi dalam dan luar negara bagi memastikan LTdL dapat dianjurkan dengan lebih meriah dan sempurna.

"Jadi Tourism Malaysia diberikan penghormatan sebagai penaja kategori pendahulu 'Raja Bukit' di mana wakil mereka akan menyarungkan jersi pemenang di setiap peringkat perlumbaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ya-buat-di-langkawi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055521 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list