View: 5202|Reply: 0
|
Solari jangka aksi sengit, permainan terbuka
[Copy link]
|
|
SOLARI (kiri) akan sahut cabaran untuk beri saingan dan berusaha untuk tingkatkan lagi kualiti permainan. FOTO RIZAR MOHD NOOR
Iskandar PuterI: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) Esteban Solari menganggap pertembungan menentang Kawasaki Frontale dalam aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam esok tetap mencabar tapi mampu beri tentangan.
Solari berkata, saingan ACL berbeza dengan aksi di liga tempatan dan ia beri dimensi baharu dalam corak permainan yang bakal diwarnai dengan aksi intensiti tinggi dan mengenali kelab dari Jepun itu sudah pasti taktikal permainan juga berbeza.
Katanya, ia perlawanan pertama buat JDT dan persiapan untuk berdepan kelab dari Liga 1 Jepun (Liga J1) tampak berjalan lancar malah kehadiran semula Fernando Forestieri dan Diogo menjalani latihan bersama membuatkan pasukan itu tampak lebih berkeyakinan untuk mengharungi kempen ACL.
"Forestieri baru mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan sejak tiga hari lalu manakala Diogo sudah 10 hari menjalani latihan tapi saya perlu lihat tahap kecergasan mereka dahulu sebelum membuat keputusan sama ada menyenarai mereka dalam kesebelasan utama.
"Tidak dinafikan kelab dari Jepun itu sebuah kelab yang kuat kerana mereka bersaing di liga yang cukup kompetitif dan berkualiti selain jurulatih mereka (Toru Oniki) sudah enam tahun membimbing Kawasaki Frontale dan mereka dilihat sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan I.
"Apapun kami akan sahut cabaran untuk beri saingan dan berusaha untuk tingkatkan lagi kualiti permainan kerana ia berbeza apabila beraksi di pentas liga domestik dan saingan bertaraf Asia dan pastinya intensiti permainan juga harus lebih tinggi dan sentiasa beri tentangan kepada pasukan lawan," katanya.
Selain, Kawasaki Frontale, skuad yang bergelar Harimau Selatan turut diundi bersama Ulsan Hyundai dari Korea Selatan dan BG Pathum United kelab dari Thailand.
Pada musim lalu tatkala saingan ACL diadakan secara berpusat dan semua perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, rekod pertemuan JDT dan Kawasaki Frontale menyaksikan JDT yang ketika itu dibimbing Benjamin Mora seri 0-0 pada aksi 21 April musim lalu dan tewas 0-5 pada aksi 24 April musim lalu.
Solari jelas enggan detik hitam yang dialami musim lalu berulang malah setiap pemain juga mahu membuka episod baharu dengan penampilan yang berbeza dengan corak disiplin taktikal lebih ampuh untuk berdepan skuad bimbingan Toru Oniki.
"Kami akan turun habis-habisan yang sudah melupakan apa yang berlaku pada musim lalu malah mengharungi aksi pertama sememangnya berliku kerana bukan sahaja kami mahu menang tapi lawan juga memburu tiga mata.
"Jadi perlawanan malam esok dijangka sengit dengan aksi permainan terbuka dan kami tidak akan bermain secara bertahan sebaliknya mengekalkan cara permainan JDT iaitu menyerang dan berusaha memburu gol awal," kata Solari.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... t-permainan-terbuka |
|
|
|
|
|
|
| |
|