CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5204|Reply: 0

Semangat Syahmi kian membara buru gol kedua

[Copy link]
Post time 18-9-2023 05:19 PM | Show all posts |Read mode

SYAHMI Zamri mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain terbaik negara. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Selepas mencetak 'akaun gol' pertama bersama skuad senior, Terengganu FC (TFC), penyerang muda, Muhammad Syahmi Zamri idam untuk menambah koleksi jaringan dalam aksi seterusnya musim ini.

Sabtu lalu, pemain berusia 23 tahun itu mencuri tumpuan apabila berjaya meledak jaringan kedua menerusi tandukan cantik ketika pasukannya menumpaskan Selangor FC 2-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia.

Malah lebih menggembirakan pemain kelahiran Shah Alam, Selangor itu yang menyarung jersi Terengganu FC II (TFC II) musim ini, jaringan pada masa kecederaan itu hadir tepat pada masanya ketika pasukannya memerlukan bekalan sebelum aksi timbal balik pada 24 September ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.

"Syukur Alhamdulillah rezeki saya, lebih menggembirakan jaringan itu adalah yang pertama dalam saingan Piala Malaysia dan bersama skuad senior pada musim ini selepas enam kali diberikan peluang beraksi.

"Jaringan itu hadir tepat pada masanya dan ia bukan hanya menggembirakan saya tapi juga ribuan peminat setia yang hadir memberikan sokongan padu kepada kami dalam perlawanan penting itu.

"Terima kasih kepada barisan kejurulatihan yang diketuai Tommy (Tomislav Steinbruckner) kerana memberikan peluang kepada saya beraksi biarpun sebagai pemain gantian, begitu juga rakan sepasukan yang banyak membantu.

"Sejujurnya saya sudah lama idam untuk jaringkan gol, sebelum diturunkan saya sebenarnya berdebar lebih-lebih lagi lawan pasukan yang besar seperti Selangor FC, tapi saya tekad buat yang terbaik.

"Jika diberi peluang lagi termasuk menentang kelab Australia, Central Coast Mariners dalam saingan Piala AFC pada Rabu ini, saya idam untuk menambah jaringan kedua, harap ia menjadi kenyataan," katanya yang pernah menyarung jersi pasukan Felda United dan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) sebelum bersama TFC II pada musim ini.

Sementara itu, Steinbruckner mengakui pemain itu mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain terbaik negara jika diberi peluang beraksi.

"Dia (Syahmi) pemain muda yang bagus dan bersemangat serta tidak gentar beraksi, saya begitu gembira lebih-lebih lagi selepas dia menjaringkan gol kedua selepas Ivan Mamut, namun dia perlu berusaha lebih gigih lagi untuk berjaya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bara-buru-gol-kedua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.045094 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list