View: 6474|Reply: 20
|
Wanita 'Hilang' Tangan, Kaki Gara-Gara Makan Tilapia Tidak Dimasak Dengan Sempurna
[Copy link]
|
|
Los Angeles: Ibu yang mempunyai seorang anak dari Amerika Syarikat (AS) hilang semua tangan dan kakinya selepas mengalami jangkitan kuman akibat makan ikan tilapia yang dipercayai tidak dimasak dengan sempurna.
The Straits Times melaporkan, Laura Barajas, 40, dari San Jose, California, menjalani pembedahan kecemasan, Rabu lalu, selepas dimasukkan ke hospital selama lebih sebulan ketika melawan jangkitan dan dengan tangan dan kakinya sudah dipotong.
Menurut rakannya, Anna Messina, Barajas, iaitu ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu, sakit beberapa hari selepas memasak dan memakan ikan yang dibelinya dari pasar tempatan, pada akhir Julai lalu.
"Dia hampir kehilangan nyawanya. Dia menggunakan alat pernafasan serta koma.
"Jari, kaki dan bibir bawahnya hitam. Dia mengalami sepsis dan buah pinggangnya gagal berfungsi," kata Messina kepada stesen berita tempatan, Kron4.
Messina percaya jangkitan itu disebabkan oleh Vibrio vulnificus, bakteria yang diberi amaran oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, pada 1 September lalu.
Menurut CDC, orang ramai boleh dijangkiti Vibrio vulnificus dengan mengambil makanan laut mentah atau kurang masak atau mendedahkan luka kepada air laut.
Tambah CDC, kira-kira 150 hingga 200 kes jangkitan itu dilaporkan setiap tahun di AS dan kira-kira satu daripada lima individu yang dijangkiti, meninggal dunia.
Messina berkata, dia dan keluarga Barajas masih berusaha untuk mengetahui apa yang berlaku dan berharap orang ramai menyedari betapa berharganya kehidupan.
Sementara itu, Messina berusaha mengumpul dana buat Barajas menerusi halaman GoFundMe untuk membantu menanggung perbelanjaan perubatan rakannya.
Sehingga kini, lebih AS$35,000 (kira-kira RM164,045) sudah dikumpul hasil usaha Messina.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Biar btol ikan tilapia tkut nyaa, slalu kan mkn ikan bakar ke masak2 len masak sekejap je |
|
|
|
|
|
|
|
Penipu laa tuu.
Dia nak downgrade product Asian... |
|
|
|
|
|
|
|
peliknyer...takkan teruk mcm nie skali sbb makan ikan mentah... |
|
|
|
|
|
|
|
talapia sungai xpe,yg kes ni talapia laut
|
|
|
|
|
|
|
|
baru tau talapia pun ada talapia laut
|
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali masak lemak je dek.
Mesti kau makan mentah or half cooked kan. Selayaknya. Nak medium rare sangat ha merasa la kau kuman. |
|
|
|
|
|
|
|
salah ikan
elok lpas ni makan daging ikan sintetik lab grown |
|
|
|
|
|
|
|
Sashimi talapia kot |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 18-9-2023 12:26 PM
talapia sungai xpe,yg kes ni talapia laut
Talapia laut mcmana?
Siakap tu.ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ada benda lain tu.. takan le makan hitam kaki tangan kene potong.. |
|
|
|
|
|
|
|
tah ke ada diabetes
btw sedapnya talapia ni
bakar sedap, goreng kunyit pun sedap, masak sambal sedap, masak berlado pun sedap
mmmm.....mmm....mmmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
rupe dia mcm talapia jgk la hahaha,
aku pun baru je tahu
|
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 18-9-2023 03:43 PM
rupe dia mcm talapia jgk la hahaha,
aku pun baru je tahu
Hahah knowledge Hari ni
Talapia laut ada.rupanya...
Takut juga bila.tengok kena.potong kaki n tangan..eee |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya acik ni sampai kena amputation kedua2 tangan dan kaki
Ada sesetengah org kalau kena jangkitan kuman jadi mild jah, tapi ada yg kalau kena jangkitan teross sepsis keracunan darah sampai rosak organ dalaman akibat toksin kuman. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 18-9-2023 05:13 PM
Apa2 makanan mentah tak masak betul2 memang berisiko dapat keracunan makanan dan jangkitan parasit serta kuman.
Haku dari dulu lagik geli makan telur separuh masak ala2 telur mata goyang dangdut puak2 Priskiess ni. Dahlah hanyir namampos.
Sedangkan ayam dan telur masak betul2 ada bau hanyir pun rasa nak termontah, apatah lagik yg separoh masak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
antikorok replied at 18-9-2023 05:12 PM
Apa2 makanan mentah tak masak betul2 memang berisiko dapat keracunan makanan dan jangkitan parasit s ...
Ella tersenyum sinis makan ikan salmon salmonella |
|
|
|
|
|
|
|
Patut makan salmon je sis |
|
|
|
|
|
|
|
Messina percaya jangkitan itu disebabkan oleh Vibrio vulnificus, bakteria yang diberi amaran oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, pada 1 September bloxd io lalu.
Menurut CDC, orang ramai boleh dijangkiti Vibrio vulnificus dengan mengambil makanan laut mentah atau kurang masak atau mendedahkan luka kepada air laut. Apakah ada langkah-langkah yang dapat diambil untuk mencegah jangkitan bakteri seperti Vibrio vulnificus?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|