View: 3405|Reply: 0
|
Greenwood diancam penyokong Osasuna
[Copy link]
|
|
Pemain Getafe, Mason Greenwood beraksi ketika menentang Osasuna dalam saingan La Liga di Coliseum Alfonso Perez, Madrid. - Foto AGENSI
MADRID: Persembahan memberangsangkan Mason Greenwood untuk Getafe disambut dengan laungan 'Mati Greenwood" oleh penyokong Osasuna.
Bekas penyerang Manchester United itu cuba menghidupkan kembali kariernya dengan menyertai kelab Sepanyol, Getafe selepas digantung daripada bermain oleh kelab lamanya akibat dakwaan serangan seksual.
Dia berjaya membantu Getafe menang 3-2 dalam aksi La Liga itu selepas dimasukkan sebagai pemain gantian - dan diiringi dengan laungan berbentuk ancaman oleh penyokong pelawat.
Pengendali Getafe, Jose Bordalas berpuas hati dengan persembahan Greenwood dan memohon maaf kepada pemain itu di atas kenyataannya sebelum ini yang mengatakan dia ditandatangani atas nasihat pemain tengah England dan Real Madrid, Jude Bellingham.
"Saya dimaklumkan ia bukan seperti itu, saya mohon maaf. Mason menyertai kami atas sebab lain, dia ditawarkan kepada kami dan kami berminat mendapatkan khidmatnya," kata Bordalas.
Ketika tiga pertukaran dilakukan semasa kedudukan terikat 2-2 di pertengahan babak kedua, Greenwood masih memanaskan bangku simpanan.
Apabila ia tidak mendatangkan hasil, Bordalas memasukkan Greenwood untuk menggantikan Juanmi Latasa pada minit ke-77 dan dia mencetus beberapa sepakan sudut. Sepakan sudut kedua berjaya disempurnakan Nemanja Maksimovic pada minit ke-86.
Kali terakhir Greenwood beraksi untuk United ialah ketika menentang West Ham pada Januari 2022, sebelum penggantungannya.
Stefan Mitrovic meletakkan Getafe di depan sebelum Iker Munoz menyamakan kedudukan untuk Osasuna.
Jose Carmona menambah jaringan untuk Getafe sebelum Osasuna bangkit dengan gol penyamaan menerusi sepakan penalti Ante Budimir. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... m-penyokong-osasuna |
|
|
|
|
|
|
| |
|