View: 15624|Reply: 6
|
Pengurus Bengang Artis Hampir Kena ‘Sailang’
[Copy link]
|
|
Dalam industri seni ini, sebagaimana yang orang tahu, tak semuanya dihiasi dengan cerita indah. Sisi kejam dan jijiknya pun ada.
Macam apa yang dialami seorang pengurus artis ini lah. Nak dijadikan cerita, Cik Bunga dengar, dia berang dengan seorang rakan industri. Si rakan itu pun nak kata rakan kongsi dia pun tak juga.
Cuma lelaki itu adalah tolong sikit-sikit dalam bab menjaga artis yang diuruskan oleh pengurus wanita itu.
Suatu hari, pengurus ini dapat tahu yang si rakannya itu ada membawa seorang kenalan berjumpa dengan artis dan keluarganya.
Rupa-rupanya, rakan baik pengurus ini sudah pasang niat mahu sailang artis yang dijaga oleh pengurus itu bersama kenalannya tadi.
Iyalah, artis lelaki itu pun tengah ‘in’, laris macam pisang goreng panas. Siapa yang tak nak rebut bukan? Orang kata, boleh jadi lubuk duit.
Jadi, bila dapat tahu mengenai perkara itu, naik anginlah si pengurus ini. Tapi, Cik Bunga rasa, salah pengurus ini juga, kenapa mudah benar percaya pada orang?
Kalau tak mahu atau tak suka orang ambil kesempatan, kendalikanlah betul-betul artis awak itu. Bukanlah Cik Bunga kata dia tak pandai urus. Tetapi maksud Cik Bunga, jangan mudah lepas tangan pada orang.
Harap-harap antara mereka dapat selesaikan salah faham atau isu yang berlaku dengan sebaik mungkin.
Bukan apa, industri ini kecil. Pusing-pusing, jumpa juga.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Gossip tak menarikkk... |
|
|
|
|
|
|
|
ni namanya pengurus artis feeling tapi tak profesional tak ada management contract. main offer diri boleh jaga. sekali org lain lagi bijaksss |
|
|
|
|
|
|
|
Aik! dlm hal pengurusan artis pun ada sailang-silang ke ni?. |
|
|
|
|
|
|
|
tak paham.... sailang apa benda, sailang job retis ke, sailang job manage retis ke, sailang retis buat jadi boipren ke? artis ni laki ke? yang sailang? laki ke pompuan? yang manager laki ke pompuan..... macam bangang je penceritaan si bunga delusi ni... bunga ke? ntah2 pisang feeling bunga..biasa wartawan delusi ni ramai pondan tua. |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen: tak paham.... sailang apa bend ...
sailang job manage retis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|