View: 14867|Reply: 6
|
Remaja Hilang Ditemui Selamat Di Rumah Rakan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ditemukan selamat di rumah rakannya di Semenyih, Selangor, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata remaja berusia 15 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang oleh ibu rakannya itu kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam selepas menyedari kes kehilangan berkenaan melalui media sosial.
"Wanita berusia 48 tahun itu telah melihat hantaran di Facebook berkaitan kehilangan remaja tersebut yang sepanjang kejadian itu menumpang di rumahnya di Semenyih," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati remaja berkenaan melarikan diri dari rumah disebabkan perselisihan faham dengan keluarga.
Katanya, rakannya tidak mengetahui remaja itu melarikan diri dari rumah kerana tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sepanjang remaja itu menumpang di rumahnya.
"Remaja itu dijumpai selamat tanpa sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada ibu bapanya di IPD Kajang," katanya.
Rabu lalu, remaja terbabit disedari hilang selepas ibunya mendapati dia tidak pulang dari sekolah dan kemudian membuat laporan polis di IPD Kajang, pada hari sama.
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Kn dh ckp, statement sekian-sekian xde masalah dgn keluarga tu xbole percaya.. syukur la mak kwn tu bertanggungjwb |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tiffanykoeh at 18-9-2023 12:53 PM
Apakah penyebab perselisihan faham antara remaja tersebut dengan keluarganya?
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan tu laki ker kawan pmpuan tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
kecik ati apa laa sampai lari rumah. cuba la inform parent apebenda yg tak puas hati. tapi kan ada jugak jenis parents yg depa je betul, anak bgtau itu ini nanhadoo nak dgr.
mujur la selamat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|