CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6849|Reply: 17

Ikan Buntal RM105,000 Seekor

[Copy link]
Post time 17-9-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Setiu: Seekor ikan buntal boleh dianggap berharga RM105,000 apabila ia menjadi ikan terberat pada Pertandingan Memancing sempena Hari Malaysia di Pantai Rhu 10, Penarik, hari ini.


Ikan buntal 5.2 kilogram (kg) itu dipancing Zahri Mamat, 58, dari Kampung Felda Cherul sekali gus membawa pulang hadiah pertama iaitu wang tunai RM105,000.


Zahri bersama ikan buntal yang dipancing seberat 5.2kg sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM105,000. - Foto NSTP/Ahmad Rabiul Zulkifli




Sementara itu tempat kedua dimenangi Mohd Nabil Mamat Yunus, 40, dari Pasir Putih, Kelantan yang turut menaikkan buntal seberat 3.6kg dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.


Zahri berkata, dia seperti bermimpi apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan yang menawarkan hadiah paling besar itu.


"Saya terkejut apabila diberitahu ikan buntal yang dipancing dinobatkan ikan terberat.


"Sebelum ini jika dapat ikan buntal ia akan dilepaskan semula kerana tidak bernilai tetapi dalam pertandingan ia sangat berharga," katanya ketika ditemui, hari ini.


Menurutnya, dia tidak mempunyai perancangan khusus untuk menggunakan wang kemenangannya itu. Pada 2010, dia pernah menang tempat pertama pertandingan memancing yang menawarkan hadiah RM22,000.


"Selepas 13 tahun saya menang semula tetapi dengan hadiah yang lebih besar, duit itu akan menjadi simpanan waktu tua selain belanja keluarga dan kawan-kawan," katanya.


Pada pertandingan itu, lebih 2,000 peserta yang mengambil bahagian bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.




Sumber: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya duit penganjur.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aih
Ikan buntal tuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2: Banyaknya duit penganjur.....


Pertandingan memancing ni pon tempat money laundering juga…ytjt
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tangkap, apa jadi kat ikan2 buntal tu? Masak dan makan ka camne?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 01:38 PM | Show all posts
pasni , ramai mengaku kluarga/kawan kt pacik tu, manatau dapat lah sikit sedekah atau wang ehsan..gtewww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2023 01:44 PM | Show all posts
simpan duit tu..mane tau lps nie xde kudrat nk mancing lg blh la pkai duit tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 01:52 PM | Show all posts
Yuran penyertaan mesti mahal ni. Lebih dari seratus barangkali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 01:53 PM | Show all posts
Yuran seratus sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 01:56 PM | Show all posts
cuma satu yang kelihatan agak pelik bila bermimpi menang dan betul-betul menang pertandingan tersebut... somehow mimpi memberikan petanda kepada kejadian alam nyata. .. tetapi juga barangkali pemancing ni semua selalu jer bermimpi menang kerana asyik teringat-ingat siang dana malam kerana harapan yang besar
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 02:17 PM | Show all posts
TT buatlah tajuk 'bernilai' RM105k seekor

Tak kan itu pun nak kena ajar. Editor kot



Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiol teringin merasa ikan bontal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sedara jauh pakcik nih. Tibeerrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 03:54 PM | Show all posts
"selain belanja keluarga dan kawan-kawan," katanya."


hah apa lagi, geng2 mengopi, kaki2 pancing
member dh kompang tu

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 03:59 PM | Show all posts

eh jap
peliknya ranking hadiah dia
no 4 dgn 5 sama hadiah, seribu
pahtu no 21, gandaan 20 seterusnya pun sama, seribu
kecuali nk smpi 201 x dpt, no 200 plk dpt seribu
yg lain semua hadiah 200 jek?

apooo


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:01 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 18-9-2023 03:59 PM
eh jap
peliknya ranking hadiah dia
no 4 dgn 5 sama hadiah, seribu

bila number dah puluh2 tu dah serupa random, hadiah pun cam random juga la. Ala2 lucky draw kot.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 12:23 AM | Show all posts
nnt ramai la tu yg menyondol
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 10:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.417398 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list