CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5820|Reply: 0

[Perlis] Raja Muda Perlis perkenan lancar 'Perlis Ice Cream' di Mokti's Turkiye

[Copy link]
Post time 17-9-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - Foto fail BERNAMA

ISTANBUL: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan 'Perlis Ice Cream" di Mokti's Turkiye di sini.

Pengasas Mokti's Ice Cream, Siti Fatimah Adnan yang juga dikenali sebagai 'Ratu Aiskrim Malaysia' berkata usaha itu merupakan langkah signifikan bagi membawa Perlis Ice Cream ke peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung memperkenalkan negeri Perlis.

"Aiskrim ini merupakan cetusan idea Raja Muda Perlis dan saya menerima titah Raja Muda melalui anakanda kedua baginda Sharifah Farah Adriana beberapa bulan yang lalu, yang meminta agar Mokti's mengeluarkan satu variasi aiskrim yang unik dan menggambarkan warna bendera negeri Perlis dan dinamakan sebagai 'Perlis Ice Cream'," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Turut berangkat anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.



Hadir sama Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Mokti's Pengiran Muhammad 'Adil Awang Iskanderdzulkarnain dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP kini dalam Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 ke negara Baltik, yang bermula 10 September lepas dan berakhir hari ini.

"Perlis Ice Cream bukan sekadar untuk menjanjikan kepuasan ke atas produk tetapi juga bertujuan untuk memperkenalkan keindahan negeri Perlis bersempena dengan kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 seperti yang dihasratkan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra," katanya dan menambah Mokti's kini mempunyai 95 cawangan di seluruh Malaysia selain satu di Turkiye. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... m-di-moktis-turkiye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.317011 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list