CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4320|Reply: 0

Kecederaan Azizulhasni tak serius

[Copy link]
Post time 17-9-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode

AZIZUL mampu beraksi di Sukan Asia. FOTO AZIZULHASNI AWANG

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley memaklumkan bahawa jaguh basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak mengalami kecederaan serius dan berada dalam keadaan terkawal.

Beasley berkata, Azizul mampu untuk bangkit mengatasi ujian berkenaan dalam persiapan dirinya ke temasya Sukan Asia Hangzhou yang akan membuka tirai 23 September ini.

Malah kecederaan itu boleh dikatakan hanya kecederaan kecil jika dibanding kecederaan yang pernah dialami sebelum ini dan tahap kekuatan luar biasa Azizul mampu untuk membawa pelumba harapan itu menghadiahkan kilauan emas nanti.

"Saya yakin, kecederaan yang dialaminya itu tidak akan menjejaskan prestasinya di Sukan Asia. Dia seorang pelumba yang kuat dan cergas.

"Kita tunggu dan lihat. Kita juga pernah lihat apa yang pernah Azizul alami sebelum ini. Ketika kakinya tertusuk kayu ketika Siri Piala Dunia Manchester (2011) pun dia berusaha untuk melintasi garisan penamat," katanya.

Sejarah membuktikan pelumba yang dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman memiliki tahap kekuatan luar biasa berdasarkan apa yang terjadi ketika kakinya tertusuk kayu pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester pada 2011.

Menurut jurulatih dari Australia itu, susulan kemalangan terbabit, Azizulhasni hanya mengalami bengkak dan melecet di bahagian kaki dan tangannya.

Kurang seminggu sebelum Sukan Asia Hangzhou membuka tirainya, Sabtu ini, Azizulhasni, 35, berkongsi rakaman video kemalangan dialaminya ketika sesi latihan di Velodrom Nasional Nilai, kelmarin.

Rakaman video itu menunjukkan dia terjatuh ketika sedang memecut bagi mengejar motosikal dihadapannya selepas basikalnya mengalami kegagalan mekanikal.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengalami kecederaan serius akibat daripada kemalangan terbabit.

Di Hangzhou, Azizulhasni akan menyertai dua acara iaitu pecut individu dan keirin.

Pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Azizulhasni berjaya membawa pulang satu pingat emas menerusi acara pecut selain turut meraih pingat perak (pecut berpasukan) dan gangsa untuk acara keirin.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... zulhasni-tak-serius
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.664688 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list