View: 3307|Reply: 0
|
Inter belasah AC Milan 5-1
[Copy link]
|
|
Pemain Inter Milan, Henrikh Mkhitaryan (tengah) meledak dua gol dalam kemenangan ke atas AC Milan di San Siro. - Foto REUTERS
MILAN: Inter Milan membelasah seteru tetangga, AC Milan 5-1 untuk kemenangan terbesar di San Siro sejak tahun 1967.
Skuad kendalian Simone Inzaghi tampak berada pada kemuncak prestasi mereka, membuka jaringan dalam tempoh lima minit pertama menerusi Henrikh Mkhitaryan.
Bekas pemain Arsenal itu menambah jaringan di babak kedua dengan Davide Frattesi, Hakan Calhanoglou dan pemain baharu, Marcus Thuram turut menemui sasaran.
Jaringan tunggal Rafael Leao untuk AC Milan membolosi gawang Inter buat kali pertama musim ini.
Keputusan itu meneruskan rekod sempurna Inter sejak awal musim, meletakkan skuad kendalian Inzaghi di puncak dengan kelebihan dua mata ke atas pesaing terdekat.
"Saya gembira untuk peminat dan kelab kami, kami sedar ia amat penting. Empat kemenangan dalam derbi memberikan kami trofi dan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah (musim lalu), dan kemenangan ini membolehkan kami mendahului liga buat sementara - namun ini baru hari perlawanan keempat," kata Inzaghi. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... elasah-ac-milan-5-1 |
|
|
|
|
|
|
| |
|