View: 4080|Reply: 0
|
Klopp puji kebangkitan Liverpool
[Copy link]
|
|
KLOPP meraikan kemenangan Liverpool bersama Harvey Elliott. FOTO REUTERS
Wolverhampton: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp kecewa dengan persembahan lembap anak buahnya pada separuh masa pertama ketika mengatasi Wolves 3-1, semalam.
Bagaimanapun beliau memuji kebangkitan mereka untuk menang buat kali ketiga dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Wolves mendominasi separuh masa pertama dan membuka jaringan menerusi Hwang Hee-chan sebelum The Reds bangkit pada separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan selepas Cody Gakpo menyempurnakan hantaran Mohamed Salah.
Andy Robertson yang beraksi pada penampilan ke-200 di Liga Perdana meletakkan The Reds di depan buat kali pertama pada minit ke-85.
Liverpool berjaya menambah gol selepas Hugo Bueno menyentuh bola masuk ke gawangnya sendiri berpunca daripada rembatan Harvey Elliott.
"Ia seperti kami baru sahaja bertemu di tempat letak kereta sebelum perlawanan dengan organisasi sebegitu pada separuh masa pertama.
"Mujur kami tidak beraksi seteruk itu pada separuh masa kedua," kata Klopp kepada TNT Sports.
"Kami menukar strategi di barisan depan dan kemudiannya berjaya mengawal permainan.
"Tidak dinafikan kami mempunyai skuad yang bagus. Kami juga mempunyai barisan pemain di bangku simpanan yang sangat cemerlang," katanya lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bangkitan-liverpool |
|
|
|
|
|
|
| |
|