CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25590|Reply: 142

Farid, Diana Sahkan Bakal Rujuk Semula

[Copy link]
Post time 16-9-2023 07:50 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan pelakon sensasi, Farid Kamil dan Diana Danielle mengesahkan mereka bakal rujuk semula sebagai pasangan suami isteri sekali gus menjawab spekulasi tersebar ketika ini.


Menurut Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, dia dan Farid akan ke Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan urusan rujuk semula itu secepat mungkin.


Foto Harian Metro/Oh Bulan





"Kami akan ke mahkamah secepat mungkin tetapi semua itu perlu dilakukan mengikut proses dan tidaklah tergesa-gesa kerana masih dalam tempoh idah.


"Kami juga masih ada masa. Bukan saya tidak mahu umum rujuk tapi perkara ini membabitkan proses mahkamah," katanya kepada Harian Metro.


Diana dan Farid ditemui ketika Karnival Mega Suria yang berlangsung di Padang Timur, Majlis Badaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, petang tadi.


Mengenai perancangan untuk rujuk semula itu, kata Diana, mereka kini masih dalam fasa untuk memperbaiki diri serta mencari jalan terbaik untuk rumah tangga mereka pada masa akan datang.


"Kami juga tidak  pernah berhenti berdoa untuk hubungan ini. Kami juga tidak tahu ini pengakhirannya kerana semua sudah ketentuan Allah S.W.T


"Sekarang ini kami masih dalam fasa mencari jalan terbaik untuk masa depan. Kami mahu membina kembali yang pernah ada sebelum ini.


"Tetapi saya tidak mahu terlalu bercakap mengenai perkara ini kerana perlu ada privasi dalam hubungan kami," katanya.


Ditanya harapannya pula, kata Diana,  pastinya dia  mengharapkan hubungan mereka akan terus berkekalan demi kebaikan dua cahaya mata mereka.


Kata Diana lagi, dia sangat gembira kerana Farid akan terus menjadi bapa terbaik buat anak-anak mereka.


"Saya membesar tanpa kasih sayang bapa. Justeru, saya tidak mahu  anak-anak lalui perkara sama.


"Apa yang penting anak-anak mendapat kasih sayang seorang bapa. Itu adalah hadiah terbaik buat saya," katanya.


Sementara itu, Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, turut hadir menemani isterinya pada petang itu namun tidak dapat bercakap kerana masalah kehilangan suara dihidapi sejak beberapa hari lalu.


Namun, Farid sempat berbisik ke telinga Diana memberitahu mereka tidak berhenti berdoa agar bertemu penyelesaian terbaik berikutan kemelut rumah tangga sebelum ini.


Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.


Bagaimanapun, mereka mengejutkan ramai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2. Ada lagi 2x talak.

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Buat yg terbaik lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 07:58 PM | Show all posts
Semoga keputusan yg di buat ada lah yg terbaik untuk semua yg terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kn pembaris. So aku nmpk fk btul2 cuba berubah. Dd matang, dia bg peluang kedua. Tidaklah mereka sahkan mereka akn kekal smpai mati, tp dorg tgh nk cuba fixing wherever need to be fixed. Weiii laki yg setia susah jumpa di zmn ini wei.... jntan mlyu byk sampah...xhrgai wanita.. dd dpt fk ni pun mcm 1 bonus utk dd.. mmg mat pit pndai mengayat... tu facts.. geng aadk taw la ayat2 matpit... tp tula...mata kasar nmpk fk mmg jujur nk berubah. Sian ps. Ex laki xsebaik fk. Tibahh
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:03 PM | Show all posts
Fd please tinggalkan dadih tu kalau nak selamat dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak si dd ni jenis mudah lembut hati. So fk, pls appreciate her. Semoga dipermudahkan urusan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah itu lah terbaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Fk ni hampassss la.. G mendadih tu watpe... Tp tula... Kerje jd hero film yg masa shooting panjang non stop ni lain mcm sikit
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian shuringai
Dah buat mcm2
Dak apis tetap tak gilakan dia umpama FK gilakan DD

#tibahh
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 16-9-2023 07:59 PM
Aku kn pembaris. So aku nmpk fk btul2 cuba berubah. Dd matang, dia bg peluang kedua. Tidaklah mereka ...

Bukan ke masalah sbnr diorg ni duit dan masalah mat pet FK ni? Setia dan mulut manis x leh nak bayar sewa rumah yg tertunggak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Terrbaik..perempuan bila dah meletop untuk lelaki yang tepat dan setia, insyaAllah dia akan berubah. Nampak farid pun tak pernah dengar issu dengan perempuan lain, cume lalok2 ckit la..dia pun bersungguh2 pujuk diana. Bapa yang baik juga..so berilah peluang juga..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. mesti anak2 pun happy
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang karan je..masa si parid tu pujuk beriya iya xnak.. bg aku buang masa. Knp nak toleh blkg balik lahai
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 16-9-2023 08:21 PM
Sian shuringai
Dah buat mcm2
Dak apis tetap tak gilakan dia umpama FK gilakan DD

PS tak kesiankan juga mcm shuringai kah kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga yg baik2 aje andai ni aturan terbaik Tuhan.  Yg baik kita ikut yg tak elok jdkan pengajaran. Moga berubah demi kebaikan semuanya... Amiin.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 16-9-2023 08:21 PM
Bukan ke masalah sbnr diorg ni duit dan masalah mat pet FK ni? Setia dan mulut manis x leh nak bay ...

Yg engkau bodoh sgt ni sape suruh... org lain elok je besangka baik. Xda duit boleh cari. Fk xda duit jika asyik beli stok dadih.. pasni dia berubah dia stable la utk cari duit lg. Mcm la dd pun bodoh mcm engkau xreti cari duit. Zmn skrg dh ramai pndai buat duit. Tinggal engkau sorg je yg bodoh, xpndai buat duit dan berhati busuk.... ingtkn kucing xde otak dh bodoh... rupanya ada manusia yg ada otak tp bodoh..iaitu engkau...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 16-9-2023 08:23 PM
PS tak kesiankan juga mcm shuringai kah kaka?

PS byk pitis
Cantik bergaya
Dikelilingi oleh org2 tersayang
Yg dia takde cuma laki durjana
Tak perlu kesian
Hanya perlu ucap alhamdulillah atas segala nikmat
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu didi okay ja walau fk ada kes bersusun ..selepas fk berlakun jadi bangnon ja terus rumhtgga sheols retak.....mungkin terlalu menjiwai watak mat jubo
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 16-9-2023 08:26 PM
Yg engkau bodoh sgt ni sape suruh... org lain elok je besangka baik. Xda duit boleh cari. Fk xda d ...

Kau ni adik FK yg kawen dgn yana samsudin tu ke? Emosi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.064705 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list