View: 14360|Reply: 1
|
Arteta puji Rice pantas sesuaikan diri
[Copy link]
|
|
Pemain tengah Arsenal, Declan Rice meraikan gol kedua ketika kemenangan 3-1 ke atas Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London pada 3 September lalu. – Foto REUTERS
LONDON: Bos Arsenal, Mikel Arteta memuji Declan Rice kerana pantas menyesuaikan diri di Emirates susulan perpindahan dengan rekod kelab £105 juta (RM609 juta) pada musim panas ini.
Perpindahan Rice dari West Ham pada Julai lalu bermakna pemain antarabangsa England itu sempat beraksi perlawanan pramusim bersama Arsenal dan dia menyerlah di bahagian tengah, sesudah beraksi setiap minit dalam kempen Liga Perdana Inggeris setakat ini.
Pemain berusia 24 tahun itu pantas memukau dan memenangi anugerah Pemain Terbaik Bulanan Arsenal bagi Ogos, manakala gol pertamanya buat kelab itu hadir ketika menang 3-1 ke atas musuh lama Manchester United awal bulan ini.
"Anda sering berharap peralihan menjadi lancar dan pantas, tetapi kadangkala realitinya berbeza," kata Arteta kepada wartawan semalam, menjelang kunjungan ke Everton malam esok.
"Dalam kesnya ia benar-benar positif, dia mendapatnya dengan amat mudah. Dia memahami pasukan, cara kami bermain benar-benar pantas dan semuanya bagus buat dia."
Ketika Rice menyesuaikan diri di Arsenal, pembelian rekod mereka sebelum ini Nicolas Pepe terpaksa berpindah apabila kelab menamatkan kontrak pemain antarabangsa Ivory Coast itu yang bernilai £72 juta (RM417 juta) pada tahun 2019.
Pepe membantu Arsenal menjuarai Piala FA pada 2020 namun kemudian kurang mendapat minit permainan di bawah Arteta.
Dia meninggalkan Arsenal selepas menjaringkan 27 gol dalam 112 perlawanan dan menyertai Trabzonspor secara perpindahan percuma.
"Saya tidak terbabit dengan rundingan itu tetapi apa yang saya boleh katakan sebagai individu dia seorang pemain yang luar biasa, dia mencuba sedaya mungkin. Bukan salahnya dengan jumlah wang yang kami bayar ketika itu," kata Arteta.
Arteta berkata, pemain sayap Bukayo Saka "berlatih seperti biasa" susulan kebimbangan kecederaan tumit dan pengendali dari Sepanyol itu menyatakan Arsenal bersedia melanjutkan kontrak kapten Martin Odegaard, yang berakhir pada Jun 2025.
"Dia kapten kami, pemain yang penting buat kami. Dia penting bagi masa kini dan masa depan. Kami mahu mengekalkannya di sini selama mungkin," kata Arteta. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ntas-sesuaikan-diri |
|
|
|
|
|
|
|
Pemain yang berpotensi untuk maju kehadapan |
|
|
|
|
|
|
| |
|