View: 1961|Reply: 2
|
[Pulau Pinang]
Komuniti perlu cakna cegah kebakaran
[Copy link]
|
|
LEBIH 100 kanak-kanak dan ibu bapa 'mandi' semburan air pili di BBP Jalan Perak sebagai simbolik sambutan Hari Malaysia sempena Program 'A Day With Bomba Penang 2.0'. FOTO Zuhainy Zulkiffli
Georgetown: Sebarkan mesej kesedaran kebakaran melalui semburan air pili. Itu inisiatif Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, di sini meraikan lebih 100 kanak-kanak sebagai simbolik sambutan Hari Malaysia hari ini.
Ia adalah antara aktiviti yang dijalankan menerusi 'A Day With Bomba Penang 2.0' bersama komuniti dan masyarakat sekitar.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata, ia adalah kali kedua pihaknya menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan NGO dari Pertubuhan Pencegah Kebakaran dari ibu negara.
Katanya, sambutan kali ini amat menggalakkan iaitu menarik seramai 350 peserta keseluruhannya yang terdiri daripada ibu bapa serta anak masing-masing.
"Ia adalah satu petanda positif apabila orang ramai semakin sedar kepentingan dan pengetahuan mengenai pencegahan kebakaran terutama yang berlaku di rumah.
"Secara keseluruhannya, objektif program ini menunjukkan kejayaan dan kami merancang mahu menganjurkan majlis serupa pada masa akan datang dengan lebih banyak aktiviti bagi manfaat orang ramai," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna, ceramah kesedaran dan pencegahan kebakaran, demonstrasi pemadaman api, pameran jentera, persembahan tatacara menyelamat di bangunan tinggi, simulasi menyelamat diri dari rumah terbakar dan lain-lain lagi.
Pengunjung dari Air Itam, Lau Chor Hock, 41, berkata dia mengetahui program berkenaan dari laman Facebook BBP Jalan Perak dan datang ke lokasi sejak jam 8 pagi.
"Aktiviti yang disediakan sangat menarik dan sesuai disertai saya, isteri dan anak selain memupuk kesedaran tentang langkah pencegahan kebakaran.
"Antara yang menyentuh hati ialah perkongsian penganjur mengenai tragedi yang berlaku di negara iaitu kebakaran mengorbankan nyawa dan ia boleh dielak dengan pengetahuan serta langkah pencegahan segera," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kna-cegah-kebakaran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kanak-kanak dan ibu bapa 'mandi' semburan air pili di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak sempena Program 'A Day With Bomba Penang 2.0'. - Foto NSTP/Zuhaniny Zulkiffli
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|