View: 1770|Reply: 0
|
KL City buru kemenangan selesa
[Copy link]
|
|
KL City akan bertemu Sri Pahang esok Stadium Bolasepak KL, di Cheras. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mahu memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri dengan memburu kemenangan selesa apabila turun menentang Sri Pahang FC dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak KL, di Cheras, malam esok.
Perkara itu diluahkan ketua pasukan, Paulo Josue yang mahu membawa defisit gol selesa sebelum kedua-dua pasukan turun sekali lagi di kandang lawan selepas ini.
Katanya, beliau yakin kemenangan dapat dicapai di depan penyokong sendiri selepas akui skuadnya kini dalam 'mood' terbaik untuk turun beraksi.
"Persiapan kami cukup sempurna, malah ramai pemain sudah kembali ke pangkuan pasukan termasuk yang sebelum ini tercedera sudah bebas daripada masalah itu.
"Kami yakin dapat capai kemenangan di tempat sendiri dan itulah motivasi kami untuk perlawanan itu.
"Kami perlu cari kemenangan yang selesa bagi membawa bekalan mencukupi sebelum bertandang ke Pahang nanti," kata tonggak naturalisasi negara itu.
Ditanya, siapakah pemain Tok Gajah yang perlu diawasi sepanjang aksi, Josue akui kesemua anak buah Dollah Salleh merbahaya terutamanya Sergio Aguero dan Nor Azam Azih.
"Semua pemain Pahang cukup bahaya dan kita tidak boleh memandang mudah setiap pemain mereka.
"Mereka ada Aguero di bahagian serangan dan Azam Azih yang mempunyai kemampuan melakukan percubaan jarak jauh. Malah pemain import mereka juga bahaya.
"Kami perlu berwaspada dan mengekalkan fokus sepanjang aksi, namun saya yakin kami bersedia untuk berdepan Pahang dan catat kemenangan," katanya yang membantu KL City muncul juara Piala Malaysia pada musim 2021 lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... u-kemenangan-selesa |
|
|
|
|
|
|
| |
|