CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1969|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pelajar dirotan guru, JPN tunggu laporan penuh sekolah

[Copy link]
Post time 16-9-2023 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar dirotan guru, JPN tunggu laporan penuh sekolah


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



ABDUL Rashid. FOTO Arkib NSTP




Georgetown: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pulau Pinang mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kes seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah di Sungai Ara dirotan guru, sehingga mengalami pendarahan pada mata kanan.

Pengarahnya, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, pada masa ini pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung insiden itu termasuk mendapatkan maklumat terperinci daripada sekolah berkenaan.

"Kita sedang menunggu laporan penuh daripada pihak sekolah dan menjangka ia akan diperoleh Isnin ini. Namun, JPN berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

"Kita ada Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menjalankan siasatan dan buat masa ini, saya tidak boleh komen lanjut kerana siasatan masih dijalankan," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai pelajar lelaki itu yang mendakwa dirotan guru sehingga mengalami pendarahan pada mata kanan, dalam kejadian Khamis lalu.

Bapa mangsa, Mazni Mohamad mendakwa anaknya dirotan selepas dikesan menghisap vape dalam kelas ketika sesi pembelajaran Sains sedang berlangsung.

Pelajar berkenaan kini dilapor berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HPP.



Disiarkan pada: September 16, 2023 @ 3:25pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.375971 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list