CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3587|Reply: 2

'Tak Ada Masa Nak Reka Cerita Bayar Mondy Tatto' - Caprice

[Copy link]
Post time 16-9-2023 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Selepas berkongsi pendedahan podcast dengan wanita bertatu dari Indonesia, Mondy Tatto, penyanyi rap, Caprice menyatakan ada segelintir individu yang mendakwa dia sengaja mereka cerita.


Menerusi hantaran di Instagram (IG), Caprice memberitahu dia tidak bertindak membuta tuli sebaliknya mendakwa sudah melakukan laporan polis sebelum video itu dikongsikan di Youtube.






Dakwa Caprice, 35, dia juga sudah meminta Mondy untuk bertemu dengan pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan selain mendapat keizinan sebelum merakam perbualan dengan pasukan lelaki berpewatakan alim itu.


"Ramai mula tuduh saya saja bayar atau reka cerita bersama Mondy. Kali ini kita bijak sikit. Sebelum release podcast kita, kami sudah buat laporan polis, penilaian pakar psikiatri professional atas Mondy dekat hospital dan minta izin mangsa, kami rakam semua chat mangsa dengan pasukan ustaz tahun ini.


"Sebelum kita DM (mesej) dan jemput Mondy minggu lepas (kali pertama berhubung dan berjumpa). Salah satu bukti cerita dia kena sentuh adalah satu WhatsApp chat antara Mondy dan bodyguard atau PA ustaz nama ‘Ajai’ pada 9 Julai 2023 tentang dia kena sentuh dan Mondy sendiri ulang yang dia takut," katanya.






Selain itu, dakwa pemilik nama Ariz Ramli, dia juga mempunyai beberapa bahan bukti lain yang sudah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Team kami ada beberapa bahan bukti lain dan sudah serah semua kepada pihak PDRM sebelum release Episod 1 podcast," katanya lagi.


Dalam pada itu, usahawan terbabit mendakwa pendedahan itu bukan untuk merosakkan reputasi penceramah bebas terkenal. Sebaliknya, Caprice ingin membantu mangsa-mangsa lain yang pernah diperlakukan seperti itu untuk tampil ke depan dan bersuara.






"Kepada pihak-pihak yang tuduh kita reka atau bayar talent (Mondy) untuk saja reka cerita sebab nak jatuhkan seorang ustaz, ini adalah fitnah besar.


"Kita tak ada masa nak jatuhkan sesiapa, hanya nak guna platform kita sekarang untuk bantu mangsa-mangsa dekat luar sana untuk bersuara dan kongsi. Insya-Allah satu hari nanti, keadilan di pihak mangsa-mangsa," kata Caprice.


Pada Jumaat, Caprice memuat naik video podcast bahagian pertama dengan Mondy di Youtube. Dakwa Mondy, dia telah menjadi mangsa gangguan seksual sebanyak tiga kali oleh seorang individu berpewatakan alim.




Sumber: Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong cap. Netz jgn pilih kasih ya. Ginila rupa sebenar sang serigala di sebalik topeng.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 07:43 AM | Show all posts
kat fb semua maki si molly ni…  maki cap…  katanya ni la dajjal akhir zaman…  hahahaha…  ko tau tak yang dajjal akhir zaman ni datang dalam bentuk orang kuat agama supaya orang percaya dia…  sebab tu la sekarang makin ramai penonggeng agama…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.470641 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list