CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2393|Reply: 0

Demonstrasi Salun Di Jalanan Sempena Hari Malaysia

[Copy link]
Post time 16-9-2023 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Demonstrasi salun di jalanan.


Itu keunikan dibuat pendandan rambut terkenal, Chez Hamdan apabila beraksi dramatik menggunting rambut sepantas kilat di laluan pejalan kaki lampu isyarat berhadapan pusat beli-belah, Pavilion Kuala Lumpur, di sini, kelmarin.


CHEZ Hamdan ketika membuat demonstrasi salun di jalanan.




Menurutnya, demonstrasi itu juga membawa mesej kecintaan pada negara sempena meraikan Sambutan Hari Malaysia 2023, hari ini.


"Demonstrasi ini mengetengahkan konsep selangkah ataupun 'near-to-them'. Sempena meraikan ulang tahun pertama ChezKamya, kami memilih aktiviti keluar bertemu pelanggan dan pengguna dijalanan. Biasanya pelanggan yang datang ke salun.


"Titik pertemuan bermula di restoran Daigor Sungei Wang dan berakhir di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur. Orang ramai diberikan produk serta baucer secara percuma, selain berpeluang merakamkan momen 'photodump' di bandaraya Kuala Lumpur.


"Kami juga memanfaatkan kesempatan ini untuk menyatakan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan jalur gemilang sepanjang berarak. Ia simbolik bagi meraikan Sambutan Hari Malaysia hari ini," katanya kepada Harian Metro.


Chez Hamdan berpengalaman selama 17 tahun dalam industri dandanan rambut selain menjadi antara pengusaha salun Bumiputera yang kekal relevan kerana prestasi baik dalam kalangan pelanggan.


Demonstrasi salun di jalanan itu membuatkan warga kota yang melalui kawasan itu teruja melihat ketangkasan Chez Hamdan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.066420 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list