CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3703|Reply: 0

Yasin Sulaiman Gusar Kesihatan Kembali Merosot

[Copy link]
Post time 15-9-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Yasin Sulaiman yang mahu kembali menjalani rawatan di Hospital Tanjung Rambutan berharap perbicaraan kes dadah dihadapinya selesai segera.


Kata penyanyi dan komposer berusia 48 tahun itu, keadaan kesihatannya sedikit merosot selepas rawatan itu tertangguh dan dirujuk kepada Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC).




mStar




“Proses di mahkamah memakan masa lebih daripada apa yang jangkakan... sementara ini kesihatan saya di bawah rujukan UMSC.


“Sejak bulan lepas UMSC telah mengeluarkan satu notis bahawa kesihatan saya sudah mula merosot kembali.


“Sedikit sebanyak menimbulkan rasa kegusaran buat saya.


“Jadi saya harap proses mahkamah segera dapat dihabiskan dengan baik dan mudah-mudahan saya dapat kembali ke Hospital Tanjung Rambutan untuk melengkapkan rawatan saya,” katanya kepada mStar.


Untuk rekod, Yasin sudah menjalani proses rawatan di Hospital Tanjung Rambutan selama 56 hari.


Bagaimanapun, proses tersebut ditangguhkan kerana penyanyi itu dilepaskan sementara waktu bagi menghadapi perbicaraan mengenai kes dadah melibatkan dirinya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.056894 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list