View: 3472|Reply: 5
|
Ibu Adi Putra Meninggal Dunia
[Copy link]
|
|
Ibu Datuk Adi Putra Noor Banoo Khan Mohd telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.15 pagi, Jumaat.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 42, bagaimanapun tidak memaklumkan punca pemergian Allahyarham.
Foto: IG
"Dukacita saya ingin maklumkan, bahawa bonda saya Noor Banoo Khan Mohd telah pulang ke Rahmatullah jam 11.15 pagi," katanya di Instagram.
Dalam pada itu, Adi turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatan ibunya sejak dimasukkan ke hospital.
"Terima kasih pada semua yang mendoakan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Adi memberitahu jenazah ibunya akan dikebumikan di Pusara Aman Singapura selepas solat Asar.
Pada Selasa lalu, Adi yang berada di Makkah berkata dia menerima khabar sedih ibunya berada dalam keadaan kritikal di Singapura.
Dalam hantaran berkenaan, Adi turut memohon orang ramai mendoakan agar urusan prosedur jantung ibunya dipermudahkan.
"Hampir dua bulan di Tanah Suci di Arab Saudi, mendapat panggilan kritikal dari Singapura tentang keadaan ibu saya," tulisnya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah.. Semoga Allah ampunkn dosa2nya di tempatkn di kalangan org beriman |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainailaahirojiun…Salam Takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah so sempat balik tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Innallillah & salam takziah..
Lamanya Adi nie kat Makkah..untungnya ada bisnes kat sana, boleh duduk lama2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|