CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2676|Reply: 7

Rider Food Panda Jalan Kaki, Diperintah Hadir Ke Mahkamah Majistret Seremban 18 Disember

[Copy link]
Post time 15-9-2023 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Penghantar makanan (rider p-hailing) bakal dihadapkan ke mahkamah Mahkamah Majistret Seremban pada bulan Disember nanti berikutan tular di media sosial berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, lelaki berusia 26 tahun itu diperintahkan hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember ini.




TANGKAP layar video memaparkan seorang pekerja 'Food Panda' berjalan kaki selepas motosikalnya disita JPJ negeri Sembilan dalam operasi di Persiran Negeri, Nilai di sini semalam. FOTO : IHSAN FACEBOOK.





“Motosikalnya boleh diambil semula selepas fail siasatan dilengkapkan dan cukai jalan serta insurans diperbaharui.


“Dia ada didakwa di mahkamah atas kesalahan menunggang motosikal di atas jalan raya dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan polisi insurans tidak berkuatkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam media melaporkan, JPJ mengesahkan sitaan terhadap motosikal milik penghantar makanan tersebut berikutan LKM kenderaan itu telah tamat tempoh sejak Februari lalu dan tiada insurans


Tindakan menyita motosikal dilakukan JPJ atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.


Kisah Muhammad Shahrul Shah, 26, mendapat perhatian selepas tular gambar dan videonya berjalan sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya dikatakan disita dalam satu sekatan jalan raya oleh JPJ Negeri Sembilan di Jalan Persiaran Negeri, Nilai pada 12 September lalu.


Pempengaruh, Aisar Khaled turut terkesan dengan kejadian itu dan membantu Muhammad Shahrul kurang 24 jam selepas videonya tular.


Melalui beberapa hantaran di Facebook , pempengaruh itu telah membawa penghantar maknanan itu ke sebuah kedai dipercayai bagi membeli motosikal baharu.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 09:06 AM | Show all posts
dah salah toksah tagih simpati buat content cam hauk.

org lain semua ikut undang2 & peraturan, so what's so special about u?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 09:16 AM | Show all posts
enghantar makanan (rider p-hailing) bakal dihadapkan ke mahkamah Mahkamah Majistret Seremban pada bulan Disember nanti berikutan tular di media sosial berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Apa punya bodoh la... dia kena hadir ke mahkamah sbb dakwaan menunggang motor tanpa LKM dan insurance...bukan sbb  keluar kat socmed jalan kaki galas beg lepas motor kena sita. Kau ingat orang lain yg kena sita kenderaan tak payah naik mahkamah ke? Bodoh punya artikel...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 09:19 AM | Show all posts
aku tengok bangsa melayu suka buat content simpati walaupun tahu perkara yg dilakukan adalah menyalahi undang2...as if the malay community is supporting this kind of wrong-doing...

mana2 warganegara malaysia yg kaya mahupun yg miskin, kalau langgar undang2, pihak berkuasa berhak mengambil tindakan undang2 kpd mana2 pihak...

jgn dok main sentimen kaum dan agama sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 09:22 AM | Show all posts
bulalof replied at 15-9-2023 09:06 AM
dah salah toksah tagih simpati buat content cam hauk.

org lain semua ikut undang2 & peraturan, so w ...

sabar ba..... bukan dia yang dok buat content sendiri post ke socmed dia sendiri... orang lain yang buat dia jadi content.... tak semua orang susah ni suka buat kesian dapat duit mudah macam kebanyakan kat socmed yang konon susah tapi rajin follow/update socmed akaun masing2....

(atau dia ada post ke akaun dia sendiri? ntah, baca sekilas lalu aja)
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 09:22 AM | Show all posts
Di Malaysia..pesalah memang di Agong Agong kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2023 09:24 AM | Show all posts
ifanonline replied at 15-9-2023 09:19 AM
aku tengok bangsa melayu suka buat content simpati walaupun tahu perkara yg dilakukan adalah menyala ...

Ramai Melayu mcm tu uols, sbb tu Bangsa Melayu susah nak  berjaya sbb mudah simpati dan mudah kena pijak kepala. Sedih dengan mentality Bangsa ku. Salah tetap salah tak perlu lah nk bertimbang rasa, bila Bangsa ku nak ada kesedaran
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:43 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.036483 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list