View: 2381|Reply: 1
|
Lelaki 'Histeria' Depan Orang Ramai Kerana Dicurangi Isteri
[Copy link]
|
|
Tular video di media sosial China memaparkan senario seorang lelaki memekik di hadapan khalayak, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.
Malah, lelaki itu dilihat gagal mengawal perasaan hingga memukul dirinya sendiri selepas mendapat tahu isterinya berlaku curang.
Baidu
Kejadian tersebut berlaku di bandar Wuhan, wilayah Hubei pada 3 September lalu.
Dalam video tersebut, seorang lelaki yang sedang menangis kedengaran berkata: “Awak mengabaikan keluarga kita dan langsung tidak mengambil kisah tentang kami semua. Awak tidak memikirkan mengenai anak dan saya, sebaliknya hanya tahu keluar bertemu janji. Mengapa kahwin dengan saya?”
Si isteri yang kelihatan tenang kemudian dilihat berkata sesuatu, namun tidak didengari butir percakapannya.
Sejurus mendengar kata-kata isterinya, si suami kemudian seperti hilang kawalan dan dia mula memukul diri sendiri berulang kali serta memijak kakinya.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ada yang bersimpati serta ada juga yang mengkritik tindakan lelaki berkenaan.
Baidu
“Lepaskan sahaja dia. ‘Kesakitan’ untuk tempoh sementara lebih baik daripada sakitnya hati untuk tempoh lama. Jangan terus ‘menyeksa’ diri sendiri dan isteri anda,” kata seorang netizen.
“Tindakan sedemikian amat memalukan,” kata pengguna media sosial lain.
Sumber: KOSMO! Online |
|
|
|
|
|
|
| |
|