View: 2181|Reply: 5
|
"Isteri Saya Belum Mengandung, Tapi Saya Mengharapkan Juga,"-Mk K-Clique
[Copy link]
|
|
Video hisap puting, peminat mula membuat spekulasi kononnya MK K-Clique pakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Bagaimanapun MK memberitahu dia dan isteri iaitu Siti Hajar masih sabar menanti rezeki zuriat.
Foto: IG
"Video hisap puting tempoh hari bukan memberi gambaran isteri saya sedang mengandung. Belum ada rezeki lagi... sama-sama tolong doakan ya.
"Isteri saya belum mengandung, tetapi saya mengharapkan juga (dapat zuriat). Jadi, tolong doakan kami," katanya kepada mStar.
Tambah MK lagi, dia dan isteri sudah bersedia untuk menimang cahaya mata, namun menyerahkan segalanya kepada rezeki.
Malah, dia memegang kepada kepercayaan aturan hidup ini sudah ditentukan dan disusun sebaiknya oleh Allah SWT.
"Kalau ikutkan memang kami merancang nak anak, saya hanya berharap dengan rezeki yang diberikan Allah nanti... kalau ada Alhamdulillah.
"Cepat atau lambat saya percaya itu adalah yang terbaik buat kami. Alhamdulillah kami suami isteri bersependapat dalam masing-masing punya keinginan untuk menimang cahaya mata," ujarnya.
Mengulas lanjut tentang video menghisap puting yang dikongsi, penyanyi lagu Mimpi itu menyifatkan ia merupakan perangai sebenar dirinya apabila berada di samping insan tersayang.
Jelas MK, video itu dirakam sekadar berkongsi momen bahagia bersama isteri dan tidak menyangka mendapat perhatian ramai.
"Itulah adalah sisi lain saya apabila bersama keluarga dan dengan orang tersayang. Biasanya kita ada karakter masing-masing sekiranya bersama keluarga, rakan-rakan.
"Tak semua perkara kita tunjuk kepada orang ramai dan bukan semua orang mengenali diri kita yang sebenarnya.
"Saya tidak pandai nak sweet-sweet tetapi perbuatan itu secara semua jadi lahir dalam diri saya," jelasnya.
Meskipun turut menerima komen-komen negatif daripada netizen, MK dan isteri tidak mudah melatah dan terbuka menerima pendapat masing-masing.
Segelintir netizen menyifatkan perbuatan penyanyi itu menghisap puting sebagai satu kelakuan yang agak lucah.
Bagaimanapun, MK mengakui kesilapannya dan tidak mahu menyalahkan mana-mana individu yang memberikan komen sedemikian.
"Mungkin itu satu kesilapan... ada perkara yang patut saya kongsikan dan ada perkara yang tidak patut saya berkongsi.
"Bagi saya itu adalah momen gembira buat saya dan isteri tetapi saya tidak menyalahkan sesiapa.
"Saya terbuka untuk menerima pendapat semua orang... sekali lagi saya tidak menyalahkan siapa-siapa kerana masing-masing ada pendapat sendiri,” katanya.
Untuk rekod, MK dan Hajar atau Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, mendirikan rumah tangga pada 16 Jun lalu. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
tak terlalu awal. tak terlalu lambat |
|
|
|
|
|
|
|
Ko kena berpeluh2
Selagi tak berpeluh2..ko kena.cuba lagi MCM nabil n Ayda mat aris |
|
|
|
|
|
|
|
Just konten..and yet netizen terperdaya dgn konyen klikbait nih..adoiiii laaaa
wake-up netizen
|
|
|
|
|
|
|
|
The line "Isteri Saya Belum Mengandung, Tapi Saya Mengharapkan Juga," from MK of K-Clique's lyrics reflects a sentiment of hope and anticipation, emphasizing the desire for a future with family and children. Just as this lyric conveys a personal aspiration, it's important to recognize that individual hopes and dreams can vary widely. While discussing personal aspirations, it's also crucial to exercise caution when considering external influences, such as unofficial or third-party applications like sosomod, which may not align with your personal or ethical values. Prioritizing legitimate and ethical pathways towards achieving your goals is essential to ensure that your journey remains true to your principles and beliefs.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|