View: 1340|Reply: 3
|
Serene Bengang Dituduh Dahaga Perhatian Bila Dedah Dicabul Youtuber Terkenal
[Copy link]
|
|
Serene Claire berdiam diri selama beberapa bulan kerana trauma menjadi mangsa gangguan seksual seorang Youtuber terkenal.
Dakwanya, pempengaruh yang namanya dirahsiakan itu memberi alasan ingin menggambil swafoto bersama sebelum tiba-tiba menyentuh bahagian dada Serene.
Foto: IG
Merasakan perkara itu keterlaluan, Serene berkongsi pengalaman buruknya di media sosial dan meminta wanita untuk berhati-hati. Perkongsiannya tular dan ramai mendedahkan pernah menjadi mangsa.
“Saya akui trauma sehingga terpaksa berdiam diri dalam masa beberapa bulan. Media mencari saya tetapi saya pilih untuk berdiam diri kerana bimbang pelaku menyerang saya dan keluarga.
“Dalam masa sama, ada produk batalkan kerjasama kami. Mereka anggap perkongsian saya itu sebagai reputasi buruk,” katanya kepada Utusan.
Namun begitu, pemenang tempat kedua Miss Universe 2020 itu mengakui kecewa kerana ada pihak yang mempertikaikan pemdedahannya selain menuduhnya segaja mencari publisiti murahan.
“Saya terkejut dalam zaman moden ini wanita masih didiskriminasi dan ditindas sedangkan saya bersuara untuk mempertahankan hak mangsa.
“Ada pihak yang menuduh saya sengaja memuat naik luahan dalam laman sosial kerana inginkan perhatian.
“Ketika itu saya buntu dan jujur saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tujuan saya buat demikian supaya wanita lain berhati-hati malah dalam hantaran itu saya tidak sebut pun nama sesiapa,” katanya.
Merasakan pemahaman mengenai gangguan seksual dalam masyarakat masih berkurang, aktres itu kini lebih lantang bercakap tentang kesedaran tentang hak asasi wanita.
“Selepas kejadian tersebut, saya mencari pertubuhan wanita untuk bekerjasama dengan mereka bagi memperjuangkan hak wanita.
“Saya memang berminat untuk berkerjasama dengan mana-mana badan yang memperjuangkan hak asasi wanita supaya lebih ramai yang berani tampil bersuara,” tutur gadis asal Johor Bahru itu. -CARI
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
report polis? xpn drop je nama laki tu, iolls nk tao kenal ke x |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar nampak paha tu sado macam sajat.
Tapi bila pakai baju nampak ok pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols xbuat report polis kaa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|