CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 0

[Perlis] Isu ceramah Ustaz Wadi, Yang DiPertua PAS Kangar didakwa di mahkamah

[Copy link]
Post time 14-9-2023 02:31 PM | Show all posts |Read mode

Ustaz Yussaine Yahya (dua, kanan) tiba mahkamah untuk dituduh atas kesalahan menganjurkan ceramah membabitkan penceramah tidak mempunyai tauliah di bawah Enakman Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006 di Mahkamah Rendah Syariah Kangar hari ini. foto SYAHARIM ABIDIN

Kangar: Yang DiPertua PAS Kangar, Ustaz Yussaine Yahya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Perlis, di sini, tadi, atas tuduhan menghina kuasa raja pemerintah dan badan agama Islam negeri menerusi penganjuran ceramah agama tanpa tauliah pada 30 Mac lalu.

Tertuduh hanya mengangguk faham dan membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Syariah, Mohamad Zaidi Abdullah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang juga Mudir sebuah maahad tahfiz al-Quran di Kangar didakwa menganjurkan ceramah agama dengan menjemput pendakwah bebas, Mohamad Wadi Anuar Ayub melalui program 'Solat Terawih dan Sembang Santai' tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis berdasarkan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006.

Selain itu juga perbuatan dilakukan turut bertentangan dengan Titah Kenyataan Rasmi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengenai Pematuham Terhadap Dasar dan Peraturan Berkaitan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis.

Tertuduh didapati melakukan perbuatan berkenaan antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam di Maahad Tahfiz al-Quran Al Imam An Nawawi (MATIN) di Kampung Abi Padang Machabg, Jalan Abi Batas Paip, Kangar pada 30 Mac lalu.

Berikutan itu tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 38 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana menghina kuasa Raja Pemerintah dan Badan Agama Islam yang lain.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Ketua Pendakwa Syarie, Siti Fatimah Ahmad Maulana manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Hajar Ahmad dan Nur Iman Nor Azmi.

Siti Fatimah dalam pendakwaannya memohon mahkamah supaya memberi jaminan sebanyak RM2,500 dengan dua penjamin termasuk seorang penjawat awam,.

Namun permohonan itu dibantah oleh pasukan peguam tertuduh yang menganggap ia tidak relevan. Pasukan peguam turut memohon agar jaminan tertuduh dapat dikurangkan.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pasukan peguam tertuduh untuk tertuduh dijamin sebanyak RM2,000 dengan dua orang penjamin.

Tertuduh kemudian membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. Mahkamah menetapkan 18 Januari tahun hadapan untuk perbicaraan semula kes.

Terdahulu, lebih 50 penyokong Ustaz Yussaine berkumpul di perkarangan mahkamah syariah itu sejak jam 8 pagi bagi menunjukkan sokongan dan solidariti kepada Ustaz Yussaine sebelum prosiding mahkamah bermula sejam selepas itu.

Suasana bagaimanapun terkawal dengan kehadiran anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... didakwa-di-mahkamah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.213926 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list