CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 712|Reply: 0

[Kelantan] Jurutera didakwa bunuh pegawai PPD Kuala Krai

[Copy link]
Post time 14-9-2023 11:28 AM | Show all posts |Read mode

Harun didakwa di Mahkamah Majistret. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Tanah Merah: Seorang jurutera di syarikat perkapalan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh penjawat awam di Machang pada 3 September lalu.

Tertuduh, Harun Narresat Ibrahim, 46, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad dan tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh membunuh penjawat awam, Tuan Mohd Salleh Tuan Ibrahim, 51, di sebuah Kedai Chicken Chop Cikgu, dekat Machang, jam 11.30 pagi pada 3 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Kelantan, Muhammad Zaki Abdul Kudos dan tertuduh diwakili peguam, Tengku Shazuan Tengku Shariffudin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 November untuk sebutan semula kes dan laporan kimia serta forensik.

Media sebelum ini melaporkan, seorang penjawat awam maut selepas berlaku pergaduhan di hadapan sebuah premis di Kampung Cabang Sungai Hala.

Mangsa yang berusia 51 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat parah di kedua mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... awai-ppd-kuala-krai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.391640 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list