CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1770|Reply: 1

Masih Rahsiakan Identiti Kekasih, Adam Shahz Dah Teringin Sangat Nak Kahwin, "Waktu Je Belum Sesuai"

[Copy link]
Post time 14-9-2023 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Dah bercinta setahun, Adam Shahz tengah tunggu masa sesuai untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya.


Katanya masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum dia dan kekasihnya itu menetapkan tarikh untuk hari bahagia mereka.


Foto: IG




"Hubungan kami berjalan lancar seperti biasa namun belum ada kata putus untuk berkahwin dalam masa terdekat. Masih banyak urusan yang perlu didahulukan sebelum kami ke arah itu (perkahwinan).


"Merancang untuk berkahwin mestilah ada, namun tarikhnya belum tahu lagi," katanya kepada mStar.


Adam menerusi laporan media sebelum ini memberitahu sudah memiliki teman wanita selepas empat tahun menduda.




  



Malah dalam satu temu bual, Adam berkata dia terpaksa menangguhkan dahulu urusan pernikahan untuk menyelesaikan kemelut antara dirinya bersama bekas isteri iaitu pelakon Fatin Afeefa.


Masih lagi enggan mendedahkan identiti wanita tersebut, Adam berkata dia akan berkongsi apabila tiba masa sesuai.


"Dia bukan dalam kalangan orang industri. Kami sudah kenal lebih setahun. Saya pernah berkawan dengan beberapa wanita lain selepas bercerai tetapi dia seorang sahaja yang ada hubungan serius.




  



"Sebagai manusia biasa memanglah ada keinginan untuk berkahwin. Semoga keinginan saya itu diizinkan Allah," ujarnya.


Becrcakap mengenai perkembangan kerjaya, Adam memaklumkan dia bakal terlibat dengan tiga pengambaran filem dalam masa terdekat.


  



Meskipun jadual kerja agak padat, namun menurutnya semua urusan berjalan lancar tanpa mengganggu mana-mana produksi.


"Syukur segala dipermudahkan. Jadual kerja saya berjalan lancar tanpa mengganggu setiap penggambaran yang saya terlibat," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab girlfriend xwujud ke? Kena catfish ke? Hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:55 PM GMT+8 , Processed in 3.587970 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list