View: 3639|Reply: 7
|
115 Pendaki Lalui Detik Cemas Berdepan Aliran Air Deras Di Puncak Kinabalu
[Copy link]
|
|
Kota Kinabalu: Kawasan puncak Gunung Kinabalu dilanda aliran air deras di permukaan gunung akibat hujan lebat yang menyebabkan pendaki berdepan situasi berbahaya, awal pagi semalam.
Video mengenai kejadian itu yang dimuat naik di laman Facebook Taman-Taman Sabah menarik perhatian netizen dengan ada yang meluahkan rasa bimbang, selain memuji tindakan yang diambil untuk menjaga keselamatan pendaki.
TANGKAP layar situasi pendaki Gunung Kinabalu berdepan situasi cemas akibat aliran air yang deras. FOTO Ihsan FB Taman-Taman Sabah
Dalam video berkenaan, beberapa pendaki yang memakai baju hujan dilihat berpaut pada tali dengan bantuan malim gunung masing-masing ketika melalui kawasan aliran air yang deras, dipercayai dalam perjalanan turun dari puncak Gunung Kinabalu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika hujan lebat antara 5.50 hingga jam 7 pagi semalam, memaksa pendaki berpaut pada tali bagi mengelak tergelincir dan dihanyutkan aliran air yang deras.
Situasi berbahaya itu dilaporkan berlaku di laluan Kilometer 7.2 dekat Sayat-Sayat sebelum kembali tenang setelah hujan lebat di kawasan puncak Gunung Kinabalu reda.
Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim dilaporkan berkata ketika kejadian, seramai 115 pendaki berada di puncak gunung dengan 37 malim gunung membantu mengawal keadaan.
Bagaimanapun, katanya tiada sebarang kemalangan atau perkara tidak diingini berlaku dengan semua pendaki dapat dibawa turun ke Timpohon Gate di kaki gunung dengan selamat.
"Malim gunung yang mengiringi pendaki dapat menangani situasi itu dengan baik sebelum semuanya selamat turun dari puncak gunung," katanya.
Difahamkan, kejadian aliran air yang deras di kawasan laluan pendakian Gunung Kinabalu adalah perkara lazim terutama ketika berlaku hujan lebat di kawasan puncak gunung.
Jika keadaan membahayakan, pendakian ke puncak tertinggi Asia Tenggara itu biasanya ditangguhkan sebelum disambung semula selepas keadaan kembali reda.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Semenanjung lagi banyak gunung best best. |
|
|
|
|
|
|
|
Air paling berani
Air terjun |
|
|
|
|
|
|
|
sukan x-tream macam ni pandai2 lah tanggung risiko sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
aku sejak2 tau yang pilicy insurance tak cover extreme sport... terus turn off rasa nk cuba buat mcm2..
huhu.. rasa teringin tu ada..
tapi mengenangkan anak2.. kang apa2 tak diingini jadi.. alahai.. sia2 je bayar insurans bulan2..
walaupon setakat naik banana boat tepi pantai tu pon.. katanya insurans x cover..
ini kan pulak extreme sport camni.. memang ada insurance berasingan diambil sebelum daki gunung tu.. tapi sia2 la insurans yg biasa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ni smpi bawah tu yg jd kepala air dak?
|
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 13-9-2023 05:26 PM
aku sejak2 tau yang pilicy insurance tak cover extreme sport... terus turn off rasa nk cuba buat m ...
Extreme sport begini perlu beli saperate... Sebab main sports begini tidak hanya travel time saja... |
|
|
|
|
|
|
| |
|