CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2870|Reply: 0

[Kelantan] Berebut kekasih rupanya...

[Copy link]
Post time 13-9-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Kota Bharu: Berebut kekasih dipercayai menjadi punca dua pelajar lelaki bertumbuk di Kampung Bukit Kecik, Melor di sini, 7 September lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memanggil lima pelajar berusia antara 14 hingga 15 tahun yang juga saksi untuk memberi kenyataan bagi melengkapkan siasatan.

"Hasil siasatan, kita percaya ia disebabkan cinta dalam kalangan pelajar yang menyebabkan cemburu.

"Hasil laporan polis dan tular video kejadian, polis membuat siasatan termasuk mengambil keterangan lima saksi. Kita berjaya mengenal pasti dua remaja dalam kes itu (bertumbuk) iaitu pelajar berusia 14 tahun dan 15 tahun.

"Sebelum itu, mereka berjanji hendak jumpa di suatu tempat untuk beradu kekuatan dan rakan-rakan yang tahu kemudian hadir menjadi penonton," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak polis akan menangani kegiatan yang tidak bermoral dan benda yang tidak baik dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja.

Menurutnya, polis mengambil inisiatif dengan membuat siasatan dan menasihatkan kepada semua supaya tidak melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Media sebelum ini melaporkan, PDRM Kelantan menerima laporan berhubung insiden dua remaja lelaki yang bertumbuk di Kampung Bukit Kecik, Melor, yang tular di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... but-kekasih-rupanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.415605 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list