CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1048|Reply: 0

'Kalau Tiada 'Job', Beritahu. Jangan Malu' - Jurey Latiff

[Copy link]
Post time 13-9-2023 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) yang juga penerbit dan pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli menyeru penggiat seni yang berdepan masalah tiada tawaran kerja tampil bersuara meluahkan situasi sebenar dialami mereka.


Jurey berkata, sudah sampai masanya sifat malu atau memikirkan apa pandangan orang lain ditolak ke tepi berikutan keadaan industri yang kini kritikal apabila ramai penggiat seni terutama mereka yang senior tiada kerja.






"Saya sendiri pun tiada 'job' (kerja) mengarah dan 'survive' dengan apa yang ada saja. Tapi, realitinya ada ramai lagi penggiat seni lain mungkin lebih parah situasi mereka daripada saya.


"Jadi, saya mohon beranikan diri tampil bersuara agar jalan penyelesaian dapat dicari untuk tindakan segera. Ini kerana, apa yang disuarakan untuk kita cuba mendapatkan tawaran kerja dalam industri dan bukan meraih sumbangan semata-mata.


"Saya tahu mungkin ada segelintir kita berfikir kalau bersuara nanti, orang ingat hendak bantuan sumbangan (kewangan), tapi hakikat sebenarnya luahan bersuara itu untuk mendapatkan peluang kerja," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Jurey, apabila luahan bersuara secara terbuka dibuat penggiat seni bermasalah tiada tawaran kerja, ia mungkin membolehkan pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mempunyai data diperlukan untuk tindakan segera mereka membantu menanganinya.


"Jadi, saya ingatkan kepada penggiat seni yang dah lama tiada tawaran kerja jangan malu dan terus berdiam diri kerana kalau tidak bersuara siapa akan tahu masalah kita, termasuk ketepikan apa pula pandangan orang lain sekiranya bersuara.


"Namun, salah satu alternatif saya dan PTVM ketika ini adalah melancarkan Kutipan Tabung Anak Seni untuk kita berusaha mengumpulkan dana seterusnya membantu penggiat seni terjejas pendapatan akibat tiada lagi tawaran kerja," katanya.


Baru-baru ini, Jurey juga menerusi video 'podcast' di TikTok memaparkan luahan pelakon, Rosnah Johari, 60, yang membuka mulut mengakui sudah empat bulan tidak berlakon kerana tiada sebarang tawaran lakonan diterima.


Luahan sedih itu didedahkan Rosnah yang turut mewakili ramai rakan artis seangkatannya yang sudah berusia serta kini perlu akur duduk di rumah kerana tiada tawaran kerja diterima daripada pihak produksi.


"Saya sebenarnya segan nak hubungi pengurus-pengurus produksi untuk bertanya mengenai tawaran berlakon. Tapi, apabila sudah empat bulan tiada 'job' (kerja), saya terpaksa korbankan juga perasaan (malu) itu.


"Tapi, saya hubungi juga beberapa pengurus produksi dan penerbit untuk bertanya mengenai tawaran berlakon serta memberitahu situasi saya yang perlukan kerja sebab dah lama sangat tak ada 'shooting' (penggambaran)," katanya dengan nada sebak dalam video itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.042497 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list