|
|
Seperti yang diketahui ramai, penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh bakal melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya, Athira Mustapa pada 23 September ini.
Terbaharu, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 38 tampil memuat naik gambar baju pernikahan berona putih menerusi hantaran di Instagram (IG).
Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat tarikh perkahwinan yang bakal diadakan tertera pada penyangkut baju tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan Noh berjalan dengan lancar.
Terdahulu, Noh dikatakan mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di kediaman keluarga perempuan di Putra Heights, Subang Jaya, pada Mei lalu. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Untuk rekod Noh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mizz Nina pada 2 Julai 2011 namun mengumukan perceraian pada 4 Ogos tahun lalu. Mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.
Sumber: Oh Bulan
|
|