CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2809|Reply: 4

[Politik] Tatakelola jadi ‘tatakelaut’, reformasi pula jadi ‘reformati’ – Muhyiddin

  [Copy link]
Post time 13-9-2023 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 13-9-2023 01:10 PM



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan perkataan ‘tatakelola’ atau tadbir urus yang menjadi tanda dagang (trademark) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bertukar menjadi ‘tatakelaut’.

Ia ekoran keraguan Ahli Parlimen Pagoh itu terhadap kemampuan Anwar untuk mengotakan janjinya seperti dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Isnin lalu.

Katanya, kecurigaan itu semakin membuak-buak apabila Anwar memetik hadis yang menyentuh sifat ‘amanah’ dalam usaha merealisasikan KSP RMK12.

“Salah satu anjakan besar kajian separuh penggal yang dibentang, dinyatakan strategi untuk memperkukuh tatakelola dan integriti bagi membina semula kepercayaan dan keyakinan rakyat.

“Tambun (Anwar) semasa pembentangan RMK12 memetik hadis berkenaan dengan sifat amanah. Pernyataan ini baik tetapi saya sangsi dengan kemampuan beliau untuk mengotakan apa yang dikata.

“Tatakelola katanya sudah menjadi ‘tatakelaut’. Tidak sampai setahun jadi kerajaan, janji-janji reformasi yang dicanang sepanjang lebih 20 tahun dahulu sudah jadi ‘reformati’,” katanya semasa perbahasan KSP RMK12 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, terdapat juga janji kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara negeri menyaksikan Anwar mengumumkan pelaksanaan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang.

“Kedua-duanya di negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan. Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang berada di negeri Perikatan Nasional (PN) langsung tidak disebut.

“Begitu juga janji menyediakan peruntukan sama rata bagi semua Ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang tidak dilaksana. Di mana sifat amanah, adil dan integritinya?” soalnya.

Minggu lalu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau berasa sedih terhadap Anwar sempena ulang tahun ke-25 reformasi baru-baru ini telah ‘dibatunisankan’ menjadi ‘reformati’.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam program podcast Keluar Sekejap (KS) bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Rabu.

Ini berhubung kes pelepasan tanpa pebebasan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/tatakelola-jadi-tatakelaut-reformasi-pula-jadi-reformati-muhyiddin/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
...perkataan ‘tatakelola’ atau tadbir urus yang menjadi tanda dagang (trademark) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bertukar menjadi ‘tatakelaut’....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu aku terlepas sebut tatakelaut, mengekek tergelak yg mendengar..kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 01:36 PM | Show all posts
Abahcow tersipu2 kemaluan kena sekolah dgn Dato Jo kat parlimen smlm


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
To think ko pernah jadi piyem ke 8 tak lama dulu...setakat ini yg ko mampoo utk sindir? Pala boo toe ler..kasi ler alternative views that you think may work ..barbi nakharom betul ler..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.065004 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list