|
View: 3920|Reply: 7
|
Bergelek Atas Pentas, Baby Shima Bangga Ramai Yang Suka Dangdut "Mereka Berteriak Dan Beri Tepukan Gemuruh"
[Copy link]
|
|
|
Baby Shima, 28, tidak menyangka penampilannya di Konsert Hausboom Music menerima teriakan dan tepukan gemuruh pengunjung.
“Tak sangka ramai yang seronok. Saya dapat banyak maklum balas daripada penonton yang berkongsi video di media sosial. Reaksi mereka membuatkan saya rasa sangat gembira.
 Foto: IG
“Apa yang terjadi di Konsert Hausboom Music adalah di luar jangkaan jangkaan saya. Ia membuktikan genre dangdut yang saya bawakan mendapat tempat di hati peminat,” katanya kepada Utusan.
Shima dalam pada itu tidak terlepas daripada menjadi mangsa kritikan serta kata-kata kurang enak berhubung penampilannya di konsert tersebut.
“Hendak menempuh pasaran arus perdana bukan mudah apa lagi genre dangdut di Malaysia. Saya kena cekal dan kekal memperjuangkan walau tidak henti ditomah segelintir orang.
“Segala yang saya lakukan, saya anggap ia suatu pengorbanan,” tambahnya yang menyifatkan persembahannya di konsert terbabit sebagai kerja profesional.
Shima kata bukan mudah menyanyi dan menari dalam masa yang sama. Katanya, dia berguru jauh ke Indonesia bagi memastikan persembahannya kekal bertenaga di atas panggung.
“Mungkin ramai ingat menari dangdut ini senang. Tapi sukar terutamanya untuk kawal pernafasan.
“Saya memang berguru dengan penyanyi profesional di Indonesia agar mutu persembahan saya tetap baik.
“Tambahan pula untuk konsert tempoh hari, saya bawakan pasukan dari Indonesia, sebab itu muzik yang ditampilkan berbeza,” tambahnya lagi.
Baby Shima merupakan satu-satunya penyanyi yang mempersembahkan genre dangdut semasa hari pertama Konsert Hausboom Music.
Turut menggegarkan ialah IamNeeta, Insomniacks, NoGood dan Orkes A Hizaden. -CARI
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko buat lar lagu dangdut yg boleh masuk ajl...then baru org respek ko .. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang bersorak bukan sebab suka dangdut. Tapi teruja tengok kau bergelek macam penari tiang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kau pergi la indon sana
lantak kau nk gelek ke nak pebenda kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan ni, ko jgn bg perhatian.
Lg org komen, lg die suke.
Ko kutuk la mcm mana pun.
So, biar kan aje die alpa dengan "peminat" die. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hujung2 di usia tua merintih hiba menangis mintak simpati org ramai dan duduk di pprt.. ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|