CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2960|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek rumah belum dapat kelulusan, terbiar lama jadi beban kewangan LKIM

[Copy link]
Post time 13-9-2023 12:48 PM | Show all posts |Read mode

KERATAN akhbar Utusan Malaysia hari ini berkenaan rintihan penduduk Kampung Kuala Juru, Pulau Pinang yang menuntut janji kerajaan untuk membina penempatan bagi mereka di kawasan terbabit.


SEBERANG PERAI: Projek perumahan yang dirancang di Kampung Kuala Juru dekat sini, belum mendapat kelulusan menyebabkan tanah itu terbiar lama sehingga menyebabkan bebanan kewangan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Sehubungan itu, Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, kawasan berkenaan kini dirancang dilaksanakan projek akuakultur.

“Oleh itu, kita usahakan tanah itu dan akan dimajukan bagi memastikan agenda keterjaminan makanan dapat dicapai menerusi penambahan bekalan akuakultur di pasaran,”katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz walau bagaimanapun berkata, LKIM belum melantik mana-mana pihak untuk mengendalikan projek berkenaan di tapak itu.

Katanya, kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan baru-baru ini bertujuan untuk memudahkan kajian dilaksanakan, malah ia tidak melibatkan sebarang aktiviti pengorekan tanah.

“Saya tidak faham mengapa projek ini menjadi isu sedangkan pihak kami telah pun berjumpa dengan unit nelayan di kawasan terbabit dan menjelaskan mengenai perancangan LKIM untuk memanfaatkan tanah itu daripada terus terbiar.

“Tambahan pula, projek akuakultur yang bakal dijalankan bakal menggunakan tangki sahaja dan tidak akan menjejaskan struktur tanah,” katanya.

Ujar beliau, dakwaan projek itu akan menjejaskan pendapatan nelayan juga tidak tepat, sebaliknya akan meningkatkan pendapatan mereka serta menambah bekalan akuakultur di pasaran.

“Sekiranya projek perumahan yang dicadangkan sebelum ini diluluskan, kita akan tamatkan kontrak projek akuakultur terbabit untuk memberi laluan kepada pembangunan baharu dijalankan,” katanya.

Sebelum ini, lebih 50 penduduk berhimpun membantah projek kolam ternakan udang yang didakwa bakal dibangunkan di atas tanah yang sepatutnya dijadikan penempatan perumahan nelayan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang turut menggesa LKIM supaya melaksanakan segera projek perumahan terbabit. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... eban-kewangan-lkim/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.032079 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list