View: 2928|Reply: 4
|
CDC As Syorkan Pengambilan Vaksin Terbaru Covid-19
[Copy link]
|
|
Washington: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengambil pendekatan untuk meluaskan suntikan vaksinasi COVID-19 meliputi peringkat usia bermula enam bulan ke atas.
Pengarah CDC AS, Mandy Cohen, berkata pendekatan vaksinasi itu tidak memilih sasaran pada kumpulan penduduk berisiko tinggi tertentu seperti yang dicadangkan oleh sesetengah pakar, dan negara lain.
"Suntikan itu adalah sebahagian daripada dorongan pegawai kesihatan awam untuk menyelaraskan vaksin COVID-19 dengan varian virus yang sebenar, sama seperti suntikan selesema tahunan yang disarankan," katanya.
Gambar hiasan
Sehubungan itu, beliau menandatangani arahan untuk penggunaan meluas vaksin COVID-19 ketika negara itu bersiap sedia memulakan kempen vaksinasi dalam masa beberapa hari.
Terdahulu, panel penasihat agensi itu mengundi 13-1 untuk mengesyorkan vaksin yang dibuat oleh Pfizer dan rakan kongsi BioNTech SE serta Moderna.
Bagaimanapun, cadangan itu berbeza daripada kebanyakan negara Eropah yang mengeluarkan panduan di mana CDC Eropah mengutamakan orang berumur 60 tahun ke atas serta kumpulan lain yang terdedah.
Di Jerman, suntikan penggalak disasarkan kepada kumpulan ini, manakala jawatankuasa vaksin kerajaan Britain berkata hanya orang dewasa 65 tahun ke atas dan beberapa kategori lain akan ditawarkan suntikan kerana mereka paling berpotensi mendapat manfaat.
Sementara itu, ahli panel CDC AS dan Profesor di Sekolah Perubatan Harvard, Dr Camille Kotton, berkata mengesyorkan vaksin untuk semua orang didapati lebih bermanfaat berbanding komplikasi akibat penggunaan vaksin kepada golongan sasar.
"Saya menyokong penuh cadangan universal dan marilah kita hapuskan COVID-19 sebaik mungkin dengan pencegahan penyakit melalui vaksin," katanya sehari selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS meluluskan vaksin COVID-19 yang dikemas kini.
Ia termasuk vaksin dihasilkan Pfizer dan rakan Jerman, BioNTech selain Moderna, bagi golongan berusia 12 tahun dan ke atas serta meluluskannya bagi kegunaan kecemasan untuk kanak-kanak antara usia enam bulan hingga 11 tahun.
Pfizer dan Moderna berkata bekalan akan sampai dalam beberapa hari dan CDC berkata bekalan akan diterima lewat minggu ini.
Suntikan vaksin berasaskan protein, Novavax, pula masih di bawah semakan FDA dan akan disyorkan selaras dengan keputusan agensi itu.
Suntikan yang dikemas kini adalah vaksin monovalen atau sasaran tunggal, bertujuan untuk apa yang dipanggil varian XBB.1.5 seperti yang diminta oleh FDA.
Jangkitan COVID-19 dan kemasukan ke hospital semakin meningkat di AS, Eropah dan Asia tetapi kekal jauh di bawah paras tertinggi sebelumnya.
Kematian agak rendah di AS iaitu kira-kira 2,000 bulan lalu walaupun negara itu mengalami 1.1 juta kematian COVID-19 sejak awal wabak itu.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kalau tak cucuk, tak boleh masuk kedai.  |
|
|
|
|
|
|
|
Suntikan itu adalah sebahagian daripada dorongan pegawai kesihatan awam untuk menyelaraskan vaksin COVID-19 dengan varian virus yang sebenar, sama seperti suntikan selesema tahunan yang disarankan
it just a flu  |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 13-9-2023 12:18 PM
boleh nangis oooo rindu xdie in kat mamak
Mohon kerajaan mahaldahni kembalikan zaman kegemilangan "lesen-saya-sudah-dicucuk."  |
|
|
|
|
|
|
| |
|