CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1543|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jamal ajak Baju Merah 'turun' KL Sabtu ini, selamatkan negara dari PN

[Copy link]
Post time 13-9-2023 10:30 AM | Show all posts |Read mode

Datuk Seri Jamal Md Yunos. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Gerakan Baju Merah berikrar mengadakan demonstrasi di hadapan Kompleks Sogo, di sini, Sabtu ini sebagai tindak balas kepada Pemuda Perikatan Nasional (PN), sekiranya mahu meneruskan kempen itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, ribuan ahli di bawah Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia akan beliau gerakkan untuk menghalang perhimpunan itu dari menjejaskan keharmonian negara.

"Pemuda PN nak buat demo (demonstrasi) depan Sogo (Kompleks) 16 September ini.

"Jom Baju Merah, turun juga selamatkan negara daripada puak PN," katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya, malam ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata kempen itu digerakkan pihaknya susulan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, Isnin lalu.

Beliau dilaporkan berkata, dua isu yang difokuskan pada kempen itu, yang akan digerakkan ke seluruh negara adalah DNAA Ahmad Zahid dan isu badan kehakiman serta sistem perundangan negara yang disifatkan sebagai kian meruncing.

Bagaimanapun, ditanya mengenai permit bagi perhimpunan, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya akan memohon permit berkenaan daripada pihak berkuasa dan melakukan semua yang perlu mengikut peruntukan undang-undang.
tps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1009181/jamal-ajak-baju-merah-turun-kl-sabtu-ini-selamatkan-negara-dari-pn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066475 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list